BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, October 20, 2010

CARA BERLAUK


CARA BERLAUK

Bahan-bahan
300gm tepung gandum
1tsp garam halus
3 biji telur
300ml santan
500ml air
Pewarna kuning

Cara-cara

1. Kisar semua bahan
2. Panaskan acuan dan sapukan dengan minyak
3. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan taburkan inti

Bahan lauk

4 ulas bawang merah
1/2 inci halia
1 peket rmpah kari
300gm isi ayam/daging
1 biji bawang besar-potong dadu
minyak masak
lada sulah
gula dan garam secukup rasa

  1. tumis bawang,halia dan rempah
  2. masukkan isi ayam/daging,bawang dan masukkan garam dan gula
  3. masak sehingga kering.
Bahan Hiasan

Cili merah,daun sup.

Friday, October 15, 2010

Talam keladi

Lapisan Bawah

Bahan A
200gm tepung beras
20gm tepung ubi
11/2tsp garam
300gm santan pekat
550gm air

Bahan B

200gm keladi
Potong kiub-kukus (kukus dahulu baru timbang)

Lapisan Atas

Bahan C
100gm tepung gandum
250gm gula kaster
3biji telur B
200gm santan pekat
300gm air
sedikit pewarna unggu
1tsp garam

Cara-cara

1. Campurkan semua bahan A sehingga sebati dan tapis
2. Campurkan semua bahan B. Kukus setengah jam
3. Campurkan semua bahan C dan tapis. Apabila lapisan bawah telah masak, tuangkan bahan lapisan atas dan kukus lagi selama setengah jam. Api hendaklah sederhana perlahan.



Assalamualaikum.....
Lama sungguh tak masuk dapur lidya ni...apa dah jadi agaknya.....semenjak bulan puasa hingga sekarang barulah ada masa nak jenguk sebentar kat dapur ni. Bukan malas tapi kekangan masa begitu menghadkan diri lidya nak bersantai-santai kat dapur ni. Alhamdulillah...rezeki Allah bagi tak putus-putus...ada saja tempahan kuih muih yang kekawan minta lidya buatkan terutama untuk majlis 'open house' dan jamuan raya kat opis2 kekawan. terima kasihlah pada yg sentiasa menyokong bisnes lidya yang seciput ni dan doa kekawan yang tak putus-putus agar dimurahkan rezeki....hari ni lidya nak kongsilah sedikit lagi resepi-resepi yang belum sempat lidya masukkan sebelum ni...dan selamat mencuba..


Blueberry Cheese Tart

Tart pastry-(sama seperti tart buah)

cheese cream

250gm cheese philadephia
60gm gula
20gm butter
1 biji telur
3 tbsp whip cream
2 tbsp sunquick

Cara-cara

1. Satukan bahan cheese philladephia,gula,butter dan telur pukul sebentar
2. Masukkan whipping cream dan sunquick, pukul sehingga menjadi gebu
3. Masukkan ke dalam piping beg dan pipe sedikit kedalam tart pastry
4. Masukkan blueberry dan tutup kembali dengan cream
5. Letakkan sedikit blueberrry diatas untuk buat design
6. Bakar pada suhu 170'c selama 10-13minit.


Tart Buah

Tart Pastry

100gm butter
40gm gula icing
180gm tepung gandum
1/2 tsp esen vanila
1/2 biji telur

Cara-cara

1. Campurkan semua bahan kecuali telur
2. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yg lembut
3. Tekan ke dalam acuan tart
4. Bakar dalam suhu 170'c selama 10-13minit.

Patry Cream

500ml susu segar
1 biji telur
25gm tepung kastad
30gm tepung jagung
100gm gula
1tsp esen vanilla

Campurkan semua bahan dan masak di atas api sehingga pekat dan masak.
Masukkan ke dalam piping beg dan pum ke dalam tart pastry tadi dan akhir sekali bolehlah susun buah2an mengikut kesukaan anda.


Karipap Pusing

Bahan-bahan
A.
350gm tepung gandum
1tsp garam
1tsp gula pasir
200ml air

Cara membuatnya
Uli semua bahan dan bahagikan kepada 9 bahagian.

Bahan B

150gm tepung gandum
100gm majerin

Cara membuatnya

Campurkan semua bahan, bulatkan dan bahagikan kepada 9 bahagian

1. Masukkan (bungkus) adunan B ke dalam A dan bulatkan, gelek memanjang dan ulangi proses ini sebanyak dua kali.
2. Bahagikan kepada 5 bahagian dan gelek secara terlentang untuk mendapatkan lapisan yg cantik dan letakkan inti dan kelim.
3. Kalau ingin menbuat karipap sebagai sejuk beku, anda boleh membakar selama 2 minit dlm ketuhar dan biarkan sejuk baru masukkan dalam peti ais.

Inti

100gm daging/ayam dipotong kecil
4 biji ubi kentang
2 labu bawang besar-dimesin
4 ulas bawang kecil-dimesin
3 ulas bawang putih-dimesin
100gm rempah kari
2tbsp rempah kurma
300ml air-untuk lembutkan daging/ayam
10helai daun kari
garam n gula secukup rasa

Panaskan minyak dan tumis semua bahan mesin,rempah kari,kurma sehingga wangi
Masukkan kentang dan daging.Masak sehingga empuk.


Jom kita sembang jap......
sebenarnya lidya pun ada buka kelas memasak kat rumah ni...tapi hujung minggu jelah. Untuk mereka-mereka yang bekerja memang seronok dapat belajar hujung minggu, tapi lepas raya kelas belum mula lagi almaklumlah cikgu masak-masak ni sibuk gan tempahan tak sempat nak buka kelas...open house kat umah sendiri pun tak buat tahun ni. InsyaAllah...agak-agak dah lapang nanti on semula kelas masak tu. Kalau ada yang berminat nak datang belajar bolehlah roger2 lidya...cam biasalah...017-2274998 @ email je ke lidyanor@gmail.com. Kalau dah kongsi resepi ni malas jugak nak buat...tempah aje lah...tapi kalau boleh biar seminggu awal ye kekawan.

Talam keladi


Puding Pelangi Kristal

Bahan-bahan

400gm santan pekat/susu cair
1000ml air
200gm gula
21/2 tbsp serbuk agar-agar
1/2 tsb garam

Cara-cara

1. Masak semua bahan sehingga mendidih dan tapis

Bahan B

1000ml air
11/2 tbsp serbuk agar-agar
170gm gula

PEWARNA

Cara-cara
1. Masak sehingga mendidih dan tapis

Cara Melapis (3 warna)- Ungu,Kuning lemon,Biru

1. Pilih warna mengikut kegemaran
2. Warnakan warna pertama bahan santan 350gm dan tuangkan ke dalam acuan
3. Warna yang sama tetapi agar-agar kosong sebanyak 250gm setiap lapisan.
4. Buat sehingga habis.
5. Guna loyang 10'x10' (klu nak guna loyang bentuk lain pun tak apa)

Tuesday, September 21, 2010

Cheesecake Oreo

Cheesecake Oreo

Bahan2:

500gm cream cheese philadephia
1/2 cawan gula
2 biji telor
1/2 tsp esen vanilla
2 bungkus kecil oreo

cara2:
1 bungkus oreo dipecah2kan atau diblend jadi serbuk kemuadian campurkan dengan sedikit magerin (unsalted) dan panaskan sebentar ke dalam oven sehingga agak2 magerin tu cair. Kemudian ratakan ke dalam loyang yg dialas dengan alumunium foil dan rehatkan sebentar di dalam peti air sementara nak sediakan cream cheese.

Oreo yang sebungkus lagi, patah2kan(kasar)- untuk ditabur ke dalam cream cheese.

Cara2 membuat cream cheese:

Pukul cream cheese 500gm sehingga kembang (dlm 10 minit), masukkan gula pukul lagi, masukkan telur dan akhir sekali masukkan esen vanilla dan pukul sebentar. Tuangkan adunan cream cheese ke dalam loyang yang berisi serbuk oreo tadi, bakar ke dalam oven selama 45 minit dgn suhu 150-160'C.

Cheesecake ni lebih sedap jika disejukkan dahulu ke dalam petiais.
selamat mencuba

Sunday, June 20, 2010

CUSTARD RAISIN ROLLS




75 gm tepung roti
75 gm tepung gandum
1tsp yis kering
60 gm susu segar
1/2 biji telur
30 gm gula pasir
25 gm mentega


Bahan2 Custard

1 sudu besar tepung custard
1/2 sudu besar gula pasir
85 gm susu segar
10 gm mentega
1tsp esen vanila

50 gm raisins
1/2 biji telur untuk sapu


Cara Buat Custard

Campur semua bahan dan masak atas api yang perlahan sehingga likat.


Cara Membuat Doh

-Masukkan semua bahan roti ke dalam mix bowl dan kacau sebati.
-Uli sehingga menjadi doh yang lembut- biarkan 2x ganda, tutup doh dengan plastik, biarkan selama 45 minit- 1 jam.
-Tumbuk2 doh untuk membuang angin dan rehatkan selama 15 minit lagi.
-Canai menjadi bentuk 'oblong'
-Sapu custard ke atas doh yg sudah dicanai dan taburkan raisins, gulung doh, potong doh setebal 1/2 inci.
-Masukkan ke dalam acuan muffin dan bakar selama 15 minit pada suhu 180'c.
-Setelah masak bolehlah hias dengan snow sugar jika suka.

Selamat mencuba.....

Selamat hari bapa untuk semua bapa2 di dunia ni. Hari ni anak perempuan teruja nak hidangkan sesuatu untuk papa mereka. Kami pun mencuba resepi baru...buat roti...emm...memang sedap
walaupun nampak simple je. Papa dia orang agak berselera makan..habis 3 ketul....puas hati sikakak yang begitu bersemangat menghias roti untuk dihidangkan semperna hari bapa....
Sesiapa nak cuba bolehlah....senang sangat.

Friday, June 18, 2010

SAMOSA TERENGGANU




Samosa Terengganu


Doh

1/2 kg tepung gandum
2 tsp garam
3 sudu besar planta
Air panas suam secukupnya


Inti samosa

1/2kg ikan kembong/sardin - direbus dan ambil isinya sahaja
2 mangkuk santan - sederhana pekat
1/2 mangkuk kelapa parut - ambil putih shj
4 ulas bawang merah - dimesin halus
1/2 inci halia - dimesin halus
sedikit halba
garam dan serbuk perasa (secukup rasa)
gula (secukup rasa)

Cara-cara

Doh

Campurkan kesemua bahan kecuali air panas, gaulkan planta bersama tepung biar rata, masukkan air panas sedikit demi sedikit dan gaul menggunakan senduk kayu. Bila agak rata uli menggunakan tangan sehingga doh menjadi lembut. Sedia untuk di canai, ukuran samosa ikut sesuka hati anda.


Inti


Hancurkan isi ikan yang telah direbus, masukkan kedalam kuali, masukkan santan, bawang,halia yang telah di mesin serta kelapa parut tadi.. masukkan garam, gula dan perisa (jika suka). sentiasa kacau sehingga bahan menjadi agak kekeringan. Akhir sekali taburkan halba. Siap untuk dimasukkan ke dalam doh yang telah dicanai.


Salam.....

Dah lama tak menjengah ke dapurku ini...boring-boring duk buat kuih untuk tempahan, teringin lak nak makan samosa terengganu. Nak balik kg semata-mata nak makan samosa tak berbaloi lak. Beberapa hari lepas aku gan anak-anak buat laksam...lupa lak nak snap pic laksam tu, takpe la lain kali buat lagi. Kat sini aku nak kongsi resepi samosa (orang ganu panggil tumosa) gan kawan-kawan, resepi ni belajar gan arwah mak dulu. Kalau ada kawan-kawan nak tempah pun boleh gak.......10 biji RM 3.00 sahaja, tapi tempah awal sikit la......yang mana nak cuba buat tu silakan lah. Semoga berjaya...

Tuesday, May 25, 2010

NASI MINYAK


NASI MINYAK


4 cawan beras
4 cawan air
1 btg kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkeh
4 biji buah pelaga
1 biji bwg besar- dimayang untuk tumisan
1 inci halia - diketuk- untuk tumisan
1 biji bwg besar- dikisar
1 inci halia- dikisar
sedikit susu cair
beberapa titis pewarna kuning
sehelai daun pandan
sedikit garam
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar planta- unyk menumis
sedikit minyak masak- untuk menumis
bawang goreng- untuk hiasan


Cara-cara

Tumis bahan rempah (3 beradik) bersama bawang yg dimayang, halia ketuk sehingga naik bau...masukkan bahan kisar..biarkan sebentar masukkan air, susu cair, garam, daun pandan, pewarna. Biarkan sehingga mendidih.....kemudian masukkan beras yg telah dicuci dan ditoskan.Biarkan ia masak.



AYAM MASAK MERAH

1/2 ekor ayam
2 biji bawang besar- dikisar
3 ulas bawang putih- dikisar
1/2 inci halia (jika suka)- dikisar
5 sudu besar cili giling
5 sudu besar sos tomato
gula secukup rasa
garam secukup rasa
sedikit air untuk kuah


Ayam dilumur garam dan serbuk kunyit dan goreng separuh masak.
Tumis bahan kisar sehinggga naik bau, masukkan cili giling, sos tomato, gula, garam dan air, biarkan sehingga sedikit mendidih dan pecah minyak baru masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Apabila sudah agak pekat boleh masukkan bawang besar yang dimayang jika suka. Siap.


ACAR KOBIS

Kobis putih (terpulang byk mana yg diinginkan)
1 biji bawang besar- mayang memanjang
1 biji cili merah- mayang memanjang
sedit halia- dihiris halus
3 sudu besar cuka
4 sudu besar gula
secubit garam


Kobis yang dipotong halus dicelur dengan air panas yang baru mendidih. Sebentar sahaja dan toskan. Bancuh gula, garam, cuka sehingga sebati dan masukkan ke dalam kobis yg telah dicelur tadi, masukkan cili,bawang besar dan halia sekali. Gaul rata dan sedia dihidangkan bersama nasi dan ayam.



Salam....sebenarnya hari ni tak tau nak masak apa.....pening memikirkan menu yang nak dihidangkan pada family....untuk menyelamatkan keadaan nasi minyaklah yang paling selamat dan mudah untuk disediakan. Semalam dah masak kerutuk daging..jadi hari ni tak boleh asyik bersantan saja, jadi terpaksalah buat ayam masak merah pulak.
Kalau nak cuba bolehlah....

Saturday, May 22, 2010

STEAMED PANDAN CAKE


STEAMED PANDAN CAKE

A
150 gm superfine flour
1 tsp baking powder

B
80 gm castor sugar
1/4 tsp sait

C
50 gm corn oil
4 biji egg yolk
1 tsp vanilla
80 gm pandan water

D
4 biji egg white
100 gm sugar
1/4 tsp cream of tar tar

Cara2

1.Ayak bahan A dan campur B gaul sebati.
2.Masuukan C dan kacau lagi dengan pemukul telur sehingga sebati.
3.Pukul D sehingga kembang (hard peak)
4.Tuangkan meringue putih telur tadi ke dalam bahan ABC dan gaul sebati
5.Tuangkan ke dalam loyang yang sudah digris, kemudian tutup dengan aluminium foil.
6.Kukus selama 11/2 jam dengan suhu yg sederhana. Apabila masak terbalik kik atas rak selama 5 minit.

Tray 2x7- 40 minit -Dpt 2 biji
Tray 1x10- 11/2jam -dpt 1 biji.


Hari ni boring-boring teringin pulak nak makan kek kukus, dah lama janji gan anak nak buat tapi tak jadi-jadi. Bahan dah lama beli tapi simpan je. Yelah masa sentiasa tak cukup. Maka siaplah juga 'STEAMED PANDAN CAKE'...resepi ni saya g belajar dengan chef June dari Subang Jaya....bolehlah siapa-siapa nak cuba.

Friday, May 21, 2010

TAT TELUR


TAT TELUR

Kulit

100 gm butter
40 gm gula icing
180 gm tepung gandum
1/2tsp esen vanila
1/2 biji telur


Inti/kastad

3 biji telur
65 gm gula kastor
240 gm air
40 gm susu cair
1/2 tsp esen vanila
2 tsb kastad

Cara-cara

Satukan semua bahan kulit, uli sehingga menjadi doh yang lembut. Tekan kedalam acuan tat.
Bancuh adunan inti/kastad, tuangkan kedalam bahan kulit tadi sehingga penuh bakar selama 30minit dgn suhu 180C.

AYAM MASAK TOMATO


AYAM MASAK TOMATO


Bahan2

1/2 ekor ayam
1 labu bawang besar- dikisar halus
3 ulas bawang putih- dikisar halus
1 biji buat tomato saiz besar- dikisar separuh hancur
sedikit sayur campur
5 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
gula dan garam secukup rasa
sedikit air unutk kuah


Cara-cara

Ayam digaul bersama garam dan digoreng separuh masak.

Tumis bawang hingga naik bau, masukkan tomato kisar, cili giling,sos cili,sos tomato,
gula dan garam. Biarkan sehingga pecah minyak, masukkan sedikit air untuk dijadikan kuah, masukkan ayam yang telah digoreng dan akhir sekali masukkan sayur campur.

Thursday, May 20, 2010

Sembang sebentar.....

Dah hampir 2 bulan saya tak menjenguk ke blog saya ni. Sibuk memanjang semenjak berjinak-jinak dengan hobi baru Folkart. Walau bagaimana pun kesibukan di dapur tetap berjalan seperti biasa, tempahan kuih muih juga alhamdulillah tidak putus-putus.
Malam ni baru berkesempatan nak masukkan gambar-gambar kuih muih. Harap dapatlah dikongsi gan kawan-kawan.

PUTERI AYU


PUTERI AYU

Bahan-bahan:

A
3 biji telor B
220gm gula kaster

B
80ml santan + 20ml air pandan
5 titik pewarna hijau dan sedikit esen pandan

C
120gm tepung gandum

D
1 paket eno biru dan 1tsp overlet

* 300gm kelapa parut atau secukupnya digaul dengan garam dan masukkan sedikit tepungubi supaya melekat.

* Tekan ke dalam acuan, kukus sebentar lebih kurang 1-2 minit baru dituangkan adunan tadi.

Cara2:

Dengan menggunakan whisk, pukul baha2 A sehingga kembang, masukkan B dan pukul lagi, slow speed, masukkan C dan pukul sebentar dan akhir sekali tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama 10 minit.

SAMOSA


SAMOSA

Bahan-bahan:

Sediakan kulit popia saiz 8x8 inci dan potong tiga bahagian.

Bahan inti

300gm daging atau ayam dipotong dadu
300gm sayur campur
25 gm rempah kurma
2 labu bawang besar dipotong dadu
5 ulas bawang putih ditumbuk halus
1 sudu besar gula
1 tsp garam
2 sudu besar minyak masak

Cara-cara:

Tumis bawang putih hingga garing, masukkan bawang besar, rempah kurma dan isi ayam serta bahan lain hingga masak kekuningan.
Ambil kulit popia, lapiskan dua keping, isi inti dan lipat tiga segi. Sedia untuk digoreng atau dingin bekukan.

APAM BERAS

APAM BERAS

Bahan-bahan

A
1 peket tepung beras ( cap teratai)
3 gelas air
1 gelas gula
1 gelas tapai nasi

B
1 peket kecil eno biru

Cara2

satukan kesemua bahan A sehingga sebati dan peram selama 5 jam,
panaskan kukus sehingga air mendidih, masukkan eno ke dalam adunan kacau rata dan kukus di dalam acuan lompang selama 15 minit.

Sedia dihidangkan bersama kelapa parut.

Monday, March 22, 2010

Serbaneka Nasi

Salam bahagia...salam dari dapur saya.
Sepertimana yang saya janjikan saya akan berkongsi serba sedikit resepi beraneka nasi untuk teman-teman mencubanya sendiri di rumah. Terlalu kerap hidangan nasi putih boleh membuatkan keluarga anda terutamanya anak-anak hilang selera makan. Apa kata kita selang selikan dengan perbagai jenis nasi untuk santapan keluarga tersayang.
Satu atau dua kali seminggu hidangan berbeza amat bermakna untuk orang-orang tersayang menikmati masakan kita terutama suami tercinta. Tetapkan hari tertentu untuk menu istimewa ini supaya anggota keluarga merasa tidak sabar menunggu hari tersebut. Itu yang selalu saya lakukan.
Selamat mencuba dan melalui hari-hari yang indah di dapur anda.

NASI


NASI AYAM BERMADU

1/2 ekor ayam
1 bungkus sup bunjut ADABI
3 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
Garam dan lada sulah secukupnya

Bahan tumbuk

5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia


Cara-cara

Tumis bahan tumbuk hingga wangi, masukan air dan sup bunjut. Biarkan sebentar
Masukkan ayam dan masak hingga ayam empuk lebih kurang 10-15 minit. Tambah garam dan lada sulah. Ketepikan dan biarkan sejuk sebentar.

Keluarkan ayam dan ambil kuah sup. Masukkan kuah sup mengikut sukatan beras kedalam periuk nasi bersama beras yang telah dicuci dan sedikit garam.

Lumurkan ayam dengan sos tiram dan madu. Goreng tapi jangan terlalu lama sebab ayam dah sedia masak.

Sedia dihidangkan bersama salad, tomato serta kuah sup.


Nasi Ayam Hakka


1 ekor ayam
Kicap cair
Minyak bijan
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 tin susu beras
1 sudu besar garam
1 sudu kecil ajinomoto (jika suka)
sedikit lada putih


Cara masak

Rebus ayam hingga masak. Pastikan jangan rebus terlalu lama.
Toskan ayam sebentar kemudian sapukan ayam dengan minyak bijan dan kicap cair sewaktu ayam masih panas
Biarkan ayam sejuk sehingga kita nampak minyak dari ayam terkeluar barulah kita memotongnya. Ini untuk menggelakkan daging ayam hancur sewaktu kita memotong ketika ayam masih panas.

Air rebusan ayam digunakan untuk memasak nasi ayam.
Tumiskan halia, bawang merah, bawang putih (jangan terlalu garing)
Masukkan tumisan tersebut kedalam periuk nasi, masukkan garam, ajinomoto dan lada putih.
Biar nasi masak dan sajikan selepas setengah jam.

Bolehlah dihidangkan bersama tomato, salad dan timun serta sup.



NASI BERIANI KAMBING/DAGING

4 tin susu beras basmathi
4 tin air
5 sudu susu cair
5 ulas bawang merah- dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
garam secukup rasa
1 tangkai daun bawang, sadri dan daun pudina
sedikit kekuma direndam dengan air mawar dan pewarna kuning
buah pala - ambil isinya.
Minyak daripada kuah beriani

Cara-cara

Tmis bawang yang telah dikisar. Masukkan air, susu, daun bawang, sadri dan daun pudina serta garam. Biarkan mendidih
Masukkan beras yang telah dibersihkan dan ditoskan, masukkan kekuma yang telah direndam kesemuanya dan juga minya dari kuah beriani. Tutup dan biarkan api perlahan.

BAHAN-BAHAN DAGING BERIANI

2 kilo daging lembu atau kambing
4 sudu besar rempah beriani
4 biji bawang besar digoreng hingga garing
10 ulas bawang putih -dikisar
10 ulas bawang merah - dikisar
50 gm halia - dikisar
5 kuntum bunga cengkih - rempah kasar
5 kuntum bunga lawang -rempah kasar
5 biji bauh pelaga - rempah kasar
2 batang kulit kayu manis - rempah kasar
*( rempah kasar digoreng tanpa minyak dan dikisar halus)
1 biji buah pala kering
4 tangkai daun pudina - dihiris halus
4 tangkai daun sadri -dihiris halus
4 tangkai daun bawang - dihiris
4 biji cili hijau - dikisar
3 biji buah tomato - dicincang
3 camb tomato puree
100 gm kismis
150 gm gajus - digoreng
2 biji lima diperah di atas susu cait untuk dijadikan tairu
garam secukup rasa
1 cawan minyak mazola dan 3 camb minyak sapi untuk mengoreng bahan bawang, biji gajus dan akhir sekali goreng rempah beriani yang dicampurkan dengan rempah kasar yang dikisar halus tadi.

Cara-cara

Potong daging jangan terlalu kecil. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia kisar, daun pudina, sadri, daun bawang, cili hijau, buah tomato, tomato puree, kismis, garam dan gaulkan bersama serta perap selama satu jam.
Kemudian masukkan rempah yang telah digoreng tadi bersam dengan minyaknya sekali, bawang goreng dan gajus. Biarkan di atas api hingga daging empuk.
Masukkan tairu dan biarkan di atas api perlahan. Apabila dan cukup masak, minyak akan timbul dan ambil minyak tersebut untuk dujadikan tumisan nasi beriani.

Tuesday, March 16, 2010

KEK OREN BADAM


BAHAN-BAHAN


250gm butter
2 sudu besar parutan kulit oren
200gm gula kaster
4 biji telur
50gm serbuk badam
225gm Tepung naik sendiri
75gm tepung gandum biasa
180gm orange juice

CARA-CARA

1. Pukul butter,gula dan kulit oren hingga gebu
2. Masukkan telur satu persatu
3. Masukkan tepung berselang seli dengan orange juice dan masukkan serbuk badam.Gaul rata
4. Bakar 45 minit.


selamat mencuba......


Salam bahagia teman-teman....agak lama saya tak menjegah ke blog saya ni...kesebokkan kerja seharian betul-betul membataskan waktu saya untuk menulis dan berkongsi resepi-resepi baru di sini.
Adakah anda telah mencuba resepi-resepi saya? InsyaAllah tak lama lagi saya akan kongsikan resepi-resepi nasi serta lauk pauk pula. Saya harap teman-teman sudi mencubanya nanti.
Percayalah tiada yang lebih menggembirakan hati kita selain menghidangkan masakan sendiri untuk keluarga tercinta.
Saya amat berbangga kerana ada teman-teman kaum Adam yang sudi untuk berkongsi resepi dengan saya. Terima kasih juga kerana sudi memasuki blog saya. Apa pun saya berharap anda berjaya memikat hati keluarga dengan masakan anda... selamat mencuba.

KEK SUJI


KEK SUJI

4 biji telur
150gm gula kaster
250gm butter
150gm tepung suji
2 sudu makan minyak sapi
1 sudu besar susu pekat manis
75gm tepung naik sendiri
75gm serbuk badam
1/2 tsp baking powder
1 tsp vanilla esen

CARA-CARA

1. Pukul telur dan gula sehingga gebu dan kembang
2. Dibekas yang lain pukul butter,tepung suji,minyak sapi dan susu selama 10 minit
3. Masukkan bancuhan telur kedalam adunan butter dandigaul sebati
4. Akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder, sebuk badam dan masukkan vanilla
5. Kaup balik adunan sehinggan sebati
6. Bakar 45 minit.

CREAM PUFF


CREAM PUFF

BAHAN-BAHAN

(A)
500gm air
1 sudu gula
250gm butter/planta

(B)
300gm tepung

(C)
6 biji telor
1 tsp vanilla esen

1. masak bahan A hingga mendidih
2. Masukkan bahan B dan kacau rata
3. Biar adunan sejuk dan masukan telor satu persatu sehingga adunan pekat.
4. masukkan dlm piping beg dan bentukkan. Bakar hingga kekuningan.


PASTRY CREAM

500ml susu segar
1 biji telor
25gm tepung kastad
30gm tepung jagung
100gm gula

campurkan semua bahan dan masak diatas api sehingga pekat.

Monday, February 8, 2010

CUCUR BADAK


CUCUR BADAK

BAHAN-BAHAN

600 gm keledek kuning (direbus dan dilecek)
200 gm tepung gandum
2 tbsp gula pasir
1 tsp garam

CARA-CARA

1- Uli kesemua bahan hingga sebati
2- Ambil sedikit adunan, letakkan inti dan bulatkan
3- Goreng hingga kekuningan

INTI

1. 50 gm udang kering- dibasuh dan ditumbuk
2. 1 biji kelapa parut putih
3. 1 tbsp cili mesin
4. 1 tsp gula pasir
5. 1 batang serai
6. 1 cm lengkuas
7. 3 ulas bawang merah
8. 2 ulas bawang putih
9. 1 tbsp tepung gandum
10.2tbsp minyak masak

CARA-CARA

1. Mesin halus serai,lengkuas,bawang merah,bawang putih
2. Tumis bahan mesin hingga wangi.masukkan bahan lain dan masak sebati. Akhir sekali masukkan tepung gandum.


Selamat belajar dan selamat mencuca......


Sejenak cintakan dapur anda....

Salam sejahtera teman-teman yang sudi berkongsi...agak lama saya tak menulis. Kesebokkan dengan urusan rumahtangga membataskan saya untuk menulis diruangan ini setiap hari.
Dalam keseronokan kita memasak untuk hidangan keluarga jangan lupa makanan seimbang itu penting.
Saya memang suka memasak terutama membuat kuih muih tetapi sebenarnya saya sendiri begitu berhati-hati untuk menikmatinya walaupun kadang-kadang kesabaran itu sering teruji dek keenakan hidangan.
Itulah untungnya apabila kita boleh menyediakan sendiri hidang untuk keluarga, pilih dari bahan-bahan mentah yang bermutu dan segar, minyak masak yang kurang kolestrol...
Hari ni saya kongsikan sedikit resepi yang baru saya pelajari dari seorang chef dari Subang Jaya.
Saya harap teman-teman akan mencubanya dan nikmati keenakannya....selamat mencuba.

Roti Gulung Sardin


ROTI GULUNG SARDIN

BAHAN-BAHAN

Intinya

1 tin sardin
4 labu bawang besar-dipotong dadu
2 sudu besar gula
1 sudu teh gula
2 sudu besar cili kering-dimesin
1/2 cawan minyak masak
2 biji limau kasturi-diperah airnya

CARA-CARA

Ambil sekeping roti dan digelekkan sedikit
letakkan inti sardin
gulung kemas dan lekatkan hujungnya dengan putih telur
celup dengan telur dan gelekkan kedalam serbuk roti dan sedia digoreng.

DONUT

BAHAN-BAHAN

400 gm tepung roti
50 gm mentega/merjerine
50 gm gula kaster
30 gm susu tepung
15 gm yis
1 sudu teh pelembut roti
1 sudu teh serbuk penaik
200 ml air

CARA-CARA

1-Satukan semua bahan kecuali air
2-Uli sebati baru masukkan air dan mentega
3-Uli hingga menjadi doh
4-Perap adunan selama 30 minit
5-Canai dan terap, biar naik baru goreng

Saturday, January 30, 2010

PAU KUKUS

BAHAN B

250gm Tepung Pau
50 gm Gula Kaster
2 tsp Yis Kering
2 tsp Baking Powder
1/2tsp bread improver

BAHAN B

150 gm air
25 gm shortening

CARA-CARA

1. Gaulkan bahan A sehingga sebati.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut
3. Akhir sekali masukkan shortening dan uli sehingga rata dan licin.
4. Rehatkan doh selama 30 minit sehingga naik 2 kali ganda.
5. Bahagikan doh 40gm dan isikan inti dan rehatkan lagi sehingga nampak kembang dan ringgan
barulah dikukus selama 10 minit.


Selamat mencuba....amat enak dinikmati waktu minum petang.

Friday, January 22, 2010

KOSWI NYONYA



KOSWI NYONYA

(A)
400gm gula merah
100gm gula pasir
300ml air
1 helai daun pandan

******masak hingga mendidih,tapis, jadikan 1800ml

(B)
300gm tepung gandum
100gm tepung ubi
1/4 air kapur sirih

CARA-CARA

1. Bahan-bahan A diblend bersama bahan B
2. Tapiskan dan masak diatas api sehingga naik wap dan pekat sedikit.(adunan memang berbuih
biarkan sahaja kerana ia tidak menjejaskan kuih)
3. Tuangkan kedalam loyang kukus selama 40-45 minit
4. Bila sejuk potong dan gaulkan dengan kelapa

Nota:

a) Saiz try 10x10x3
b) Try hanya sapu minyak
c) Tujuan setiap bahan dimasak dahulu supaya kuih tidak mendap apabila dikukus
e) Kukus kelapa parut dan sedikit garam supaya tahan daripada basi.(steam selama 5 minit)


selamat mencuba...



Salam dari dapur...

Apa kata kita belajar membuat kuih-kuih tradisional pula. Orang-orang muda sekarang dah terlalu ramai yang tidak pernah ambil peduli cara-cara membuat kuih-kuih tradisional. bagaimana nanti jika orang-orang lama sudah tiada? oleh kerana itulah saya mengambil langkah
untuk mempelajari membuat kuih-kuih tradisional ini. Memang pembuatannya agak cerewet sedikit tapi hasilnya memuaskan.

Saya kerap menghadiri kelas-kelas membuat kuih-kuih tradisional dengan cheff-cheff yang berpengalaman. Bagi teman-teman yang tidak berpeluang tidak usah risau, kerana jika anda mengikut langkah-langkah yang betul pasti anda berjaya membuatnya.

Ingat.....apabila anda ingin memasak lakukanlah dengan hati yang gembira dan penuh kasih sayang kerana inilah petua yang selalu saya amalkan untuk mendapatkan hasil yang pasti memuaskan.

Selamat mencuba.

Thursday, January 21, 2010

SERIMUKA LAPIS BERINTI


SERIMUKA LAPIS BERINTI

Lapis bawah

BAHAN-BAHAN

500gm beras pulut
300ml santan
300ml air
2 tsp garam

CARA-CARA

1. rendam pulut selama 4 jam
2. basuh bersih dan toskan
3. kukus sume bahan di atas selama 1/2 jam
4. Apabila pulut masak tekankan kedalam loyang 10x10x2. ketepikan sementara.



LAPISAN ATAS

A. 6 biji telur
50 gm tepung gandum
150gm susu segar
250gm air
1/2 tbsp gula & 1/2 tbsp garam

B.200gm ayam cincang
1 tbsp rempah kari kurma n bunga lawang n bunga cengkeh n lada sulah
1/2 tbsp gula, 1/2 tbsp garam
minyak untuk menumis

C. 1/2 tbsp daun sup
2 tbsp bawang goreng

Hiasan: cili merah dipotong halus, sedikit daun sup & daun bawang

CARA-CARA

1. Bancuh bahan A & ketepikan
2. Panaskan minyak dan tumis bahan B. Gaul hingga garing, matikan api Masukkan bahan A dan
bahan C. Gaul rata
3. Tuangkan ke atas pulut yang telah dikukus tadi, tabur cili merah,daun sup & daun bawang.
4. Kukus selama 20 minit, kemudian bakar 10minit dengan cara double boiler.

Tips: Lap tudung kukus setiap 5 minit.

Carrot and Banana Muffin


CARROT & BANANA MUFFIN

BAHAN-BAHAN

250gm butter
200gm gula kaster
120gm pisang yang dilecek
11/2 cawan susu cair
100gm lobakmerah diparut
4 biji telur
400gm tepung superfine
2 tsp baking powder
2 tsp soda bikarbonat

CARA-CARA

1. Pukul butter dengan gula sehingga gebu
2. Masuk telur satu persatu
3. Masuk pisang dan lobak merah
4. Masukkan tepung berselang seli dengan susu dan gaul rata.


Selamat mencuba.....

Ice Cream Muffin


ICE-CREAM MUFFIN

BAHAN-BAHAN

Bahan A

1 biji telur
50 gm minyak masak
200gm ice-cream (Aneka rasa)
100gm gula kaster
1 tsp vanilla esen

Bahan B

200gm tepung naik sendiri
1 tsp baking powder

CARA-CARA

1. Satukan bahan A dan pukul kembang dan pekat
2. Masukkan bahan B dan sebatikan adunan
3. masukkan ke dalam papercup dan bakar.

Wednesday, January 20, 2010

Pandan Muffin


Pandan Muffin

Bahan-Bahan

80 gm Butter
250gm Tepung Naik Segera
1 tsp baking powder
100gm gula kaster
2 biji telur
180gm susu cair (kisar dengan daun pandan dan tapis)
5 helai daun pandan
1/2 tsp pewarna hijau apple

HIASAN: BADAM NIB

CARA-CARA

1. Pukul butter dengan gula
2. Masukkan telur dan pewarna
3. Kemudian masukkan tepung berselang seli dengan susu.

Makan Di Rumah

Kenapa kita perlu mendidik ahli keluarga makan di rumah? selain mengeratkan hubungan kekeluargaan faktor kebersihan adalah paling utama. Bukan makan di luar itu tidak bagus, sesekali kita perlu juga membawa keluarga makan di luar tapi jangan selalu.

Saya sering mengatakan pada diri saya sendiri, air tangan kita membuatkan suami dan anak-anak lebih menyayangi dan menghargai kita. Di rumah kita semestinya mementingkan kebersihan, kesegaran makanan dan diet yang seimbang. Walaupun suami saya seorang yang sangat suka makanan berlemak, saya akan pastikan santan akan digantikan dengan susu dan banyakkan sayur-sayur mentah sewaktu hidangan.

Saya begitu teruja untuk mempelajari cara-cara membuat kuih muih dan kek atau apa saja masakan kerana apabila anda melakukannya sendiri anda akan merasa keseronokan dan kepuasan yang beitu mengasyikkan.

Saya seorang yang tidak lokek untuk mengeluarkan wang untuk menghadiri kelas-kelas memasak. 'Di mana nak dapatkan sagu kalau tak dipecahkan ruyungnya'. Walaubagaimana pun saya juga gembira jika ilmu ini dapat saya kongsikan bersama teman-teman di sini.

jom tengok lagi resepi muffin.....

Muffin Chocolate Cream Cheese


CHOCOLATE CREAM CHEESE MUFFIN

BAHAN-BAHAN

Bahan A

120gm gula kaster
3 bijitelur
11/2 tsp penuh ovalet

Bahan B

240gm Tepung Naik Sendiri
30 gm serbok koko

Bahan C

105gm susu
105gm butter cair

CARA-CARA

1. Pukul gula dan telur hingga kembang
2. Masukkan tepung dan gaul rata
3. Akhir sekali masukkan susu dan kaub balik adunan dan masukkan
butter cair dan sebatikan
4. Masukkan adunan sedikit demi sedikit kedalam papercup 10 dan paipkan
adunan cheese sebagai inti dan isikan semula adunan.
Taburkan choc chip

CHEESE

250gm cream cheese
3 sudu besar gula kaster

(PUKUL SEHINGGA GEBU DAN BERKRIM)

Selamat mencuba...

Muffin Almond Chocolate Chip

Memasak sesuatu yang menyeronokkan bagi mereka-mereka yang minat dalam bidang ini. Ada yang menganggap memasak sesuatu yang membebankan, kerana ia menuntut sedikit masa dan kreativiti. Sekarang bidang memasak ini telah banyak dimonopoli oleh kaum lelaki, kadang-kadang terasa malu kerana kaum wanita seolah-olah memandang sepi situasi ini.

Di hotel-hotel seolah terlalu kurang ruang untuk kaum wanita mononjolkan diri....mungkin juga kaum wanita itu sendiri kurang minat sebab itu bidang ini dikuasai kaum lelaki. Apa pun tahniah untuk kaum lelaki.

Saya seorang suri rumahtangga sepenuh masa, namun kerja-kerja rumah yang sentiasa banyak kadang-kadang membataskan juga minat saya untuk menjalankan aktiviti memasak. Untuk menjadikan hobi memasak ini sesuatu yang menyeronokan, kita hendaklah melakukannya dengan hati yang ikhlas dan sentiasa gembira. Hasilnya pasti memuaskan.

Di sini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang saya pelajari dengan teman-teman dan anda yang minat dalam bidang ini. Mungkin anda tidak berkesempatan pergi ke mana-mana kelas memasak, apa kata kita mencuba resepi-resepi yang mudah untuk hidangan seisi keluarga atau berminat untuk membuat tempahan boleh hubungi saya : lidyanor@gmail.com

Jom membuat Muffin...


ALMOND CHOCOLATE CHIP MUFFIN

BAHAN-BAHAN

Bahan A

300gm Tepung Naik Sendiri
50 gm serbok koko

Bahan B

250gm Butter
280gm gula kaster
2 biji telur
250gm air

Bahan C

100gm Mix Friut (Basuh dan rendam)
80gm Almond niblate chip

HIASAN: CHOC CHIPS DAN ALMOND SLICE

CARA-CARA

1. Campurkan bahan A dan B
2. Guna mixer dan pukul perlahan sehingga sebati.
3. Akhir sekali masukkan choc chip dan mix fruit.
4. Masukkan adunan kedalam piping bag dan guna pappercup
size 10- isi penuh dan tabur chocolate chip dan badam slice
Bakar selama 20 minit pada suhu 160 api atas dan bawah