BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, May 25, 2010

NASI MINYAK


NASI MINYAK


4 cawan beras
4 cawan air
1 btg kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkeh
4 biji buah pelaga
1 biji bwg besar- dimayang untuk tumisan
1 inci halia - diketuk- untuk tumisan
1 biji bwg besar- dikisar
1 inci halia- dikisar
sedikit susu cair
beberapa titis pewarna kuning
sehelai daun pandan
sedikit garam
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar planta- unyk menumis
sedikit minyak masak- untuk menumis
bawang goreng- untuk hiasan


Cara-cara

Tumis bahan rempah (3 beradik) bersama bawang yg dimayang, halia ketuk sehingga naik bau...masukkan bahan kisar..biarkan sebentar masukkan air, susu cair, garam, daun pandan, pewarna. Biarkan sehingga mendidih.....kemudian masukkan beras yg telah dicuci dan ditoskan.Biarkan ia masak.



AYAM MASAK MERAH

1/2 ekor ayam
2 biji bawang besar- dikisar
3 ulas bawang putih- dikisar
1/2 inci halia (jika suka)- dikisar
5 sudu besar cili giling
5 sudu besar sos tomato
gula secukup rasa
garam secukup rasa
sedikit air untuk kuah


Ayam dilumur garam dan serbuk kunyit dan goreng separuh masak.
Tumis bahan kisar sehinggga naik bau, masukkan cili giling, sos tomato, gula, garam dan air, biarkan sehingga sedikit mendidih dan pecah minyak baru masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Apabila sudah agak pekat boleh masukkan bawang besar yang dimayang jika suka. Siap.


ACAR KOBIS

Kobis putih (terpulang byk mana yg diinginkan)
1 biji bawang besar- mayang memanjang
1 biji cili merah- mayang memanjang
sedit halia- dihiris halus
3 sudu besar cuka
4 sudu besar gula
secubit garam


Kobis yang dipotong halus dicelur dengan air panas yang baru mendidih. Sebentar sahaja dan toskan. Bancuh gula, garam, cuka sehingga sebati dan masukkan ke dalam kobis yg telah dicelur tadi, masukkan cili,bawang besar dan halia sekali. Gaul rata dan sedia dihidangkan bersama nasi dan ayam.



Salam....sebenarnya hari ni tak tau nak masak apa.....pening memikirkan menu yang nak dihidangkan pada family....untuk menyelamatkan keadaan nasi minyaklah yang paling selamat dan mudah untuk disediakan. Semalam dah masak kerutuk daging..jadi hari ni tak boleh asyik bersantan saja, jadi terpaksalah buat ayam masak merah pulak.
Kalau nak cuba bolehlah....

0 comments: