BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 22, 2011

Kerabu sotong

5 ekor sotong sederhana besar- dibuang kulit dan dipotong bulat
3 tbsp gula
1/2 tsp garam
3tbsp lemon juice- boleh tambah @ kurangkan citarasa masing2
1 btg bunga kantan- dihiris
2btg serai- dihiris
3biji bawang kecil- dihiris
1 biji tomato- dipotong dadu
3-5 biji cili padi- ikut suka nak pedas
50sen udang kering- digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus

Sotong di celur seketika dan toskan airnya.
gula, garam dan lemon juice disatukan, aduk sehingga gula dan garam larut dan campur semua bahan lain. Boleh ditambah daun saderi /daun ketumbar klu suka.


Lid buat kerabu sotong ni bila selera makan nasi dah nak hilang....maklumlah dihujung-hujung puasa ni selalunya dah kurang selera nak makan nasi....anak2 pun makin membilang biji nasi je time berbuka....klu ada masam-masam manis ni laju la sikit masuk perut....selamat mencuba pada anda yang berminat..


Wednesday, August 17, 2011

Ayam Goreng Hainan


Ayam Goreng Hainan

Bahan-Bahannya:

1 ekor Ayam
10gm kiub ayam
15gm serbuk 5 rempah campuran
sedikit garam
air sehingga tengelam ayam
40ml cuka
1 sudu besar maltose- (madu untuk masakan)
minyak untuk menggoreng

Bersihkan ayam- terpulang pada korang nak belah 2 atau rebus sekor2. Masukkan semua bahan dan rebus sehingga ayam masak. Gantungkan ayam supaya semua air keluar lebih kurang setengah jam kemudian goreng dlm minyak yg banyak untuk menghasilkan ayam yang cantik.
Goreng sehingga warna ayam keemasan.

Untuk pengetahuan korang semua rempah 5 campuran ni boleh didapati dimana2 supermarket, biasa boleh tanya jurujual rempah 5 campuran untuk nasi ayam. Ni resepi nasi ayam cina...memang sedap. selamat mencuba.

Ayam goreng ni sangat sesuai dengan nasi ayam...

Cekmek Molek

Cekmek Molek

Bahan-Bahannya:

500gm keledek kuning-rebus dan lenyekkan hingga hancur
150gm teoung gandum
2 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil garam
gula untuk inti
minyak untuk mengoreng

Lenyekkan ubi keledek hinggga hancur dan masukkan bahan lain kecuali gula.
ambil adunan sedikit dan leperkan kemudian letakkan sedikit gula dan tutup adunan tersebut dan jadikan bentuk bujur. Minyak hendakkan dipanaskan terlebih dahulu dengan api yang sederhana, kueh ini hendaklah terus digoreng apabila selesai digentel2kan untuk mengelakkan gulanya cair dan keluar. Goreng sehingga warnanya keperang2an.

Cekmek Molek ni kueh tradisional Terengganu sangat sesuai dimakan waktu minum petang bersama kopi panas.
Awass....hati-hati kalau makan waktu masih panas...gulanya mencair boleh lebur lidah korang...

Sira Pisang Nangka

5 biji pisang nangka yang dah masak- klu boleh taknak masak ranum
3 sudu besar gula pasir- klu suka manis boleh lebihkan gula
1 cawan air- klu nak lebih kuahnya boleh lebihkan air
2 helai daun pandan

pisang nangkan dibelah dua. Masak gula dengan air dan daun pandan, agak2 gula dah larut bolehlah masukkan pisang...masak lagi hingga mendidih dan pisang kelihatan layu. Tutup api.
Sejukkan dalam peti ais baru best dimakan.


Dah dua hari berturut-turut lid buat sira pisang ni...anak2 memang suka sangat. Waktu rehat2 sambil menonton tv lepas berbuka atau habis solat terawih memang sedap dimakan tambah dah disejukkan dalam peti ais. Pisang jenis lain boleh juga dibuat tapi tak sesedap pisang nangka sbb pisang nangka ni masam bila kita masak gan air gula...masamnya akan hilang...lagipun bau pisang ni wangi macam nangka....kalau dah masak ranum satu rumah boleh bau.....

Tuesday, August 16, 2011

Nasi hujan panas...

3 pot beras siam
31/2 pot air
1 labu bawang besar- dimesin
1'inci halia- dimesin
1/2 labu bawang besar- dimayang bulat
1'inci halia- di ketuk
kulit kayu manis
bunga cengkih
buah pelaga
1/4 cwn susu cair
garam secukup rasa
warna- hijau,kuning,merah
daun pandan
1 sudu kecil minyak sapi
2 sudu besar planta

Beras dibersihkan dan toskan airnya, panaskan minyak sapi bersama planta dan tumis bahan yg diketuk bersama rempah 3beradik hingga naik bau, masukkan bawang dan halia mesin serta daun pandan, bila dah mendidih masukkan air dan susu cair serta garam...biarkan sehingga mendidih baru masukkan beras, masak hingga nasi kering...bila dah kering dan hampir masak baru titikan pewarna tadi. Biarkan sehingga nasi betul2 masak.


Cucur udang



Cucur Udang Lid

Bahan-Bahannya:

20 ekor udang (10 ekor dibuang kulit untuk diletakkan didalam tepung)
2 cawan tepung gandum ( aku uat sikit je)
1 biji telur ayam
1 sudu kecil soda bikarbonat
garam secukup rasa
daun kucai-dipotong pendek2
1/2 labu bawang besar -dimayang bulat (takleh byk2 nnt anak sibuk nak korek buang)
sedikit taugeh
air secukupnya
minyak untuk mengoreng
senduk bulat

campurkan semua bahan2 kecuali (10 ekor udang yg tidak dibuang kulit-utk diletak kat atas cucur)...setelah dibancuh rehatkan selama 1/2jam sebelum digoreng. panaskan minyak dan rendamkan senduk ke dlm minyak panas seketika (supaya tidak melekat)...gorenglah cucur ikut suka besar mana saiz yg anda inginkan....

sebenarnya cucur ni lid buat 2hari yang lalu...ni makanan kegemaran hubby lid, klu dapat cucur udang ni dia boleh makan berbiji2....cicahlah gan sos cili buatan sendiri lagi mengancam...klu mkn gan sos cili dlm botol kurang umpph sikit....

Sunday, August 14, 2011

Tinjau2....

Dalam kesibukan yang amat sangat gan baju-baju raya yg belum siap dijahit......sempat lagi aku berblogwalking...mencari idea untuk santapan berbuka nanti....dah jemu gan menu2 sendiri....sesekali mencuba resepi orang lain pun tak salah....geng2 blogers pun ramai yang masak sedap-sedap.....

Ayam Bali

Tukat selera sekali sekala.....
Ni ayam bali....dari dapur Kenny Rogers Rosters....bukan dari dapur Lid....ye...
Rasanya boleh tahan tapi still sedap yang origanal gan sos black paper...
Apa pun dah lapar....semuanya sedap sangat-sangat emmm......

Friday, August 12, 2011

Ada hari-hari malasku....

Dah tengah-tengah puasa ni.....dah tiba la hari-hari malasku....
Semalam berbuka cuma masak nasi goreng udang kering dan ayam goreng berempah je...
tak sangka pulak laku rupanya...tiada yang komplen..alhamdulillah...
mungkin diaorg pun dah jemu gan nasi putih agaknya.....


Hari ni...mati kutu lagi....
Buka peti ais...yang ada cuma 2 ekor ikan...sekor kembong dan sekor selar papan...
ayam banyak...daging ada...tapi dah tak lalu nak telan ayam dan daging......
apa lagi bakar ikan jelah....daun pisang pun ada lagi....kari bendi gan ikan masin sikit, bakar ikan dan air asam.....emmm..aku tahu hubby memang berselera kalau kari mari ni......
cuci mulut gan puding sagu pelangi....

alhamdulillah...selesai hari ke 12...

Puding sagu pelangi

1 cwn sagu biji
1200ml air
1 peket agar-agar serbuk
2 cwn gula pasir
3 helai daun pandan
400ml santan @ 1 tin susu cair- boleh pilih nak letak apa...
3 jenis warna- ikut warna kegemaran

Sagu direndam dlm 1 jam kemudian direbus sehingga biji sagunya menjadi jernih, boleh letakkan sesudu minyak masak di dlm rebusan tadi. Tuangkan ke dalam tapis dn cuci dengan air biasa utk menghilangkan kanjinya.

Bahagi sagu kepada 6 bahagian dan warnakan 3 bahagian, yg tiga lagi tu biar putih je.

Masak 1200ml air bersama agar2,gula dan daun pandan. Masak sehingga mendidih. Tutup api.

Masukkan santan @ susu cair kacau sehingga rata.

Cedok 200ml larutan agar2 dan masukan kedalam bekas yg berisi sagu putih dan kacau rata.Tuangkan ke dalam loyang atau acuan, biarkan ia keras sedikit.
Cedok lagi 200ml agar2 tadi dan tuangkan ke dlm bekas sagu bewarna, kacau rata dan tuangkan ke atas lapisan yg pertama dan ulanglah seterusnya lapisan yg ke 3-6. Sejukkan dahulu baru boleh dipotong.


Puding sagu pelangi



Wednesday, August 10, 2011

Badak berendam yg terlebih berendam....

Sebenarnya nak buat badak berendam tapi malas nak di kukus....lid pun main campak je dalam periuk....yang penting isinya rasa sama mcm badak berendam.....

1/2 peket tepung pulut
sedikit air kapur
pewarna hijau epal
kelapa -untuk inti
gula merah
daun pandan
santan pekat- untuk kuah...
2 sudu tepung

tepung pulut dicampur dgn sedikit air kapur dan pewarna hijau...bancuh dan uli dengan air sehingga menjadi doh.

masak gula merah dengan sedikit air dan daun pandan-tapis ke dalam satu periuk dan masukkan kelapa parut, masah hingga kelapa masak...agak2 nampak berkilat, masukkan tepung untuk menjadikan intin likat dan senang di gentel2 nnt.
ambil doh dan leperkan ....isi inti dan bentukkan menjadi bujur, buat sehingga habis dan letakkan kedalam satu loyang dan kukus, santan pekat tadi dicampurkan dengan sedikit garam, apabila kueh badak tadi dah masak tuangkan santan ke dalam loyang kueh tadi dan kukus lagi sebentar....dah masak.....rupanya tak seperti diatas...kuahnya berwarna putih....sedap dimakan waktu berbuka puasa.....

* sapu loyang dengan minyak terlebih dahulu ye....takut badak tadi melekat bila dah masak....


Dating sebelum ramadhan....

Menjamu selera gan kengkawan di rumah sahabat kak Intan Kamariah...

Rendang ayam.....

Rendang ayam ni lid buat sehari sebelum puasa aritu......makan dengan ketupat pulut yang lid buat sendiri.
saja nak makan gan kawan-kawan sebelum bulan puasa menjelma......

ni rendang ayam biasa saja....

1 ekor ayam
1 biji kelapa - santan tak perlu pekat
8 ulas bawang kecil
4 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 batang serai-klu suka byk boleh tambah
3tbsp rempah kari daging/ayam
1 tbsp rempah kurma
asam keping
gula secukup rasa
garam secukup rasa
2 tbsp kerisik.
daun kunyit.

Ayam dipotong 16 @ 18. Blend semua baha2 yg sepatutnya. masukkan ke dalam kuali semua bahan-bahan diatas....renehkan sehingga masak dan kuah menjadi pekat, akhir sekali taburkan daun kunyit yang telah dihiris halus. rendang ni lid tak tiru mana2...sendiri hentam...emmm


Sup tulang lembu..

1 kg tulang lembu
1 batang saleri
1 inci halia- diketuk
3 ulas bawang kecil-dihiris halus
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 tsp lada sulah
3tbsp rempah sup serbuk adabi
daun bawang
bawang goreng
garam secukup rasa

Rebus tulang lembu lebih kurang 3jam bersama halia dan sedkit garam, apabila daging pada tulang lembu dah empuk boleh la masukkan bahan2 lain. bancuh terlebih dahulu rempah sup serbuk dengan sedikit air. lid tak mengunakan sup bunjut ye....
masak lagi sehingga mendidih dan semua bahan mesra...tambahkan garam jika perlu.
bolehlah dihiaskan dengan daun bawang dan bawang goreng....


Puasa oh puasa.....

Dah masuk hari ke 10 puasa....semua orang dalam umah ni dah tak laju makan nasi....aku sendiri pun sahur cuma makan oat je.....
Hari-hari asyik masak lemak-lemak...memang bertambah berlemaklah kat mana-mana yang patut.....hari ni nak kena ubah menu....mungkin mulai minggu depan dah nak haramkan guna santan....
sabor jelah ye en.hubby....kita lupakan kari...kari...papadom...nasi kadaq...
kita makan sup2 dan rebus2 pulak....

Pais ikan

Ikan kembong/tenggiri- dalam3-4 ekor/keping
setengah biji kelapa parut-ambil putih sahaja
5 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 batang serai
beberapa biji cili padi
air asam jawa
garam/gula secukup rasa
daun kunyit
daun pisang untuk membungkus pais

ikan dibersihkan, tumbuk halus semua bahan kecuali kelapa, gaulkan dengan kelapa parut, masukkan garam,gula, air asam jawa, daun kunyit yg di hiris halus. bungkus ikan bersama2 bahan tadi dan kukus selama 20 minit.

Belebat pisang/lepat pisang

5biji pisang- lid guna pisang berangan masak ranum
1 cawan tepung gandum-klu rasa kurang boleh tambah tepung
1 biji telur
1/2 cwn gula
kelapa parut putih- secukupnya
sedikit garam
Daun pisang- klu daun muda lagi senang nak membungkus.


lenyek pisang hingga hancur, masukan gula,telur dan tepung...gaul hingga sebati.
letakan dalam daun pisan secara merata kemudian letakkan kelapa yg dah dicampur dgn garam,
tutup kelapa dgn adunan pisang sedikit dan bungkus lepat tadi. setelah itu boleh la dikukus selama 20minit.


bersama anak ke 2....Intan Syafira...

Pelahapnya sebelum puasa....

Asyik makan kat umah.....lid pun tak lalu nak telan dah...sesekali menjamu selera kat luar camni seronok gak.....hujung2 minggu biasa camni la gan hubby dan anak-anak....lepak2 kat mid valley...sesekali tengok wayang....kerja mengemokkan badan memang best.....pastu mula la timbang tiap hari...hihihi...

Roti Naan

300gm tepung gandum
200 tepung naik sendiri
200ml tairu @ susu masam
1 peket yis
1 cwn air suam- untuk dibancuh yis
2 tbsp magerin
2 tbsp gula
1tsp garam

Adukkan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh. Doh ni memang agak lembik tapi takpe biarkan je. peram selama satu jam atau sehingga dia mengembang. Bulat2kan sebesar mana yg anda suka dan canai leper. Jangan terlalu nipis. Goreng diatas kuali tanpa minyak. terbalik2kan selalu. Goreng sehingga masak.

Tuesday, August 9, 2011

Rindu makanan-makanan tradisional terengganu..

Dah lebih 10 tahun hidup diperantauan namun makanan negeri terengganu tak pernah dapat lupakan....banyak orang jual di mana-mana tapi dek kerana kecerewetan sendiri...lid tak lalu nak telan yang di jual digerai2 tu.....nampak mcm sedap tapi kalau beli selalu mengecewakan...banyak tepung la...terlalu manis la...macam-macam la....

Alhamdulillah...tak rugi jadi anak sulung dalam keluarga...masa kecil-kecil dulu memang sakit hati bila mak suruh itu...suruh buat ini...tapi bila dah tua-tua ni baru tahu alangkah bertuahnya badan sempat belajar banyak jenis masakan dari ibunda tercinta.....

Ketupat salah satunya menu bulan puasa yang wajib ada di meja makan bila berbuka...biasa orang negeri lain ketupat hanya bila raya tapi kami di terengganu ni, bulan puasa lagi meriah ketupatnya....nak dapatkan yang sedap bukan la senang duk di bandar besar ni....dengan sedikit ilmu yang ada dapatlah lid buat sendiri untuk makan bersama family.....syukur...syukur...

Ketupat pulut daun palas

1 kilo beras pulut
1 biji kelapa- dapatkan dlm 500ml santan pekat
4tbsp gula
2@3 tbsp garam halus
daun palas untuk membungkus

cara2:
rendam pulut sekurang-kurangnya 4 jam- lid rendam 1 malam
kukus sehingga naik wap, angkat dan masukkan santan yang telah dicampukan dengan gula dan garam..adukkan sehingga rata dan kukus semula dalam 15 minit (ada org buat dah tak kukus kali ke 2) tapi lid kukus sebentar untuk mendapatkan ketupat yang tahan basi.
Angkat dan sejukkan dahulu sebelum membungkusnya.

Puding Karemel

1. 1 tin susu pekat manis
2. 11/4 tin air
3. 6 biji telur gred B

3-4 tbsp gula- untuk dijadikan gula hangus*

Telur dipukul2 mengunakan garfu sahaja dan campukan semua bahan lain,
masak gula hingga menjadi gula hangus,
didihkan kukus, tapis bahan2 di atas dan kukus selama 1jam.

Salam Ramadhan....

Asalamualaikum....salam ramadhan semua
Dah terlalu lama saya tak masuk ke blog saya ni....nasib baik tak berkulat dapur saya ni...
Syukur masih dipertemukan dengan ramadhan tahun ni walaupun permulaan ramadhan seminggu lalu saya kurang sihat...dah hampir 2 minggu saya batuk-batuk yang agak teruk.

Seperti biasa saya takkan bebelanja kat bazar ramadhan....bukan kedekut tapi terlalu berhati-hati bila nak menjamah makanan kat luar...faham2 jelah orang berniaga ni...kebanyakannya tak menitik beratkan kebersihan...itu yang amat-amat saya utamakan...lagi pun suami dan anak-anak memang tak suka orang masak...walau sesimple mana pun harus saya yang memasaknya....teruk jugaklah saya dibuatnya....tapi takpe berkorban apa sajalah katakan....

Tahun ni harga barang semua naik...melambung-lambung...waima kelapa pun bukan main lagi mahalnya....nak pakai santan kotak pun...harga naik juga....kot mana pun tetap tak boleh lari jadi [uasa tahun ni tak boleh berlebih-lebih memasak...cukup-cukup untuk 3-4 beranak makan je...

Pada semua sahabat handai...selamat berpuasa la Lid ucapkan....