BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, August 16, 2011

Cucur udang



Cucur Udang Lid

Bahan-Bahannya:

20 ekor udang (10 ekor dibuang kulit untuk diletakkan didalam tepung)
2 cawan tepung gandum ( aku uat sikit je)
1 biji telur ayam
1 sudu kecil soda bikarbonat
garam secukup rasa
daun kucai-dipotong pendek2
1/2 labu bawang besar -dimayang bulat (takleh byk2 nnt anak sibuk nak korek buang)
sedikit taugeh
air secukupnya
minyak untuk mengoreng
senduk bulat

campurkan semua bahan2 kecuali (10 ekor udang yg tidak dibuang kulit-utk diletak kat atas cucur)...setelah dibancuh rehatkan selama 1/2jam sebelum digoreng. panaskan minyak dan rendamkan senduk ke dlm minyak panas seketika (supaya tidak melekat)...gorenglah cucur ikut suka besar mana saiz yg anda inginkan....

sebenarnya cucur ni lid buat 2hari yang lalu...ni makanan kegemaran hubby lid, klu dapat cucur udang ni dia boleh makan berbiji2....cicahlah gan sos cili buatan sendiri lagi mengancam...klu mkn gan sos cili dlm botol kurang umpph sikit....

0 comments: