BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 22, 2011

Kerabu sotong

5 ekor sotong sederhana besar- dibuang kulit dan dipotong bulat
3 tbsp gula
1/2 tsp garam
3tbsp lemon juice- boleh tambah @ kurangkan citarasa masing2
1 btg bunga kantan- dihiris
2btg serai- dihiris
3biji bawang kecil- dihiris
1 biji tomato- dipotong dadu
3-5 biji cili padi- ikut suka nak pedas
50sen udang kering- digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus

Sotong di celur seketika dan toskan airnya.
gula, garam dan lemon juice disatukan, aduk sehingga gula dan garam larut dan campur semua bahan lain. Boleh ditambah daun saderi /daun ketumbar klu suka.


Lid buat kerabu sotong ni bila selera makan nasi dah nak hilang....maklumlah dihujung-hujung puasa ni selalunya dah kurang selera nak makan nasi....anak2 pun makin membilang biji nasi je time berbuka....klu ada masam-masam manis ni laju la sikit masuk perut....selamat mencuba pada anda yang berminat..


0 comments: