BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 12, 2011

Puding sagu pelangi

1 cwn sagu biji
1200ml air
1 peket agar-agar serbuk
2 cwn gula pasir
3 helai daun pandan
400ml santan @ 1 tin susu cair- boleh pilih nak letak apa...
3 jenis warna- ikut warna kegemaran

Sagu direndam dlm 1 jam kemudian direbus sehingga biji sagunya menjadi jernih, boleh letakkan sesudu minyak masak di dlm rebusan tadi. Tuangkan ke dalam tapis dn cuci dengan air biasa utk menghilangkan kanjinya.

Bahagi sagu kepada 6 bahagian dan warnakan 3 bahagian, yg tiga lagi tu biar putih je.

Masak 1200ml air bersama agar2,gula dan daun pandan. Masak sehingga mendidih. Tutup api.

Masukkan santan @ susu cair kacau sehingga rata.

Cedok 200ml larutan agar2 dan masukan kedalam bekas yg berisi sagu putih dan kacau rata.Tuangkan ke dalam loyang atau acuan, biarkan ia keras sedikit.
Cedok lagi 200ml agar2 tadi dan tuangkan ke dlm bekas sagu bewarna, kacau rata dan tuangkan ke atas lapisan yg pertama dan ulanglah seterusnya lapisan yg ke 3-6. Sejukkan dahulu baru boleh dipotong.


0 comments: