BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, August 17, 2011

Sira Pisang Nangka

5 biji pisang nangka yang dah masak- klu boleh taknak masak ranum
3 sudu besar gula pasir- klu suka manis boleh lebihkan gula
1 cawan air- klu nak lebih kuahnya boleh lebihkan air
2 helai daun pandan

pisang nangkan dibelah dua. Masak gula dengan air dan daun pandan, agak2 gula dah larut bolehlah masukkan pisang...masak lagi hingga mendidih dan pisang kelihatan layu. Tutup api.
Sejukkan dalam peti ais baru best dimakan.


Dah dua hari berturut-turut lid buat sira pisang ni...anak2 memang suka sangat. Waktu rehat2 sambil menonton tv lepas berbuka atau habis solat terawih memang sedap dimakan tambah dah disejukkan dalam peti ais. Pisang jenis lain boleh juga dibuat tapi tak sesedap pisang nangka sbb pisang nangka ni masam bila kita masak gan air gula...masamnya akan hilang...lagipun bau pisang ni wangi macam nangka....kalau dah masak ranum satu rumah boleh bau.....

0 comments: