BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, November 10, 2011

Selamat Jumaat....

salam jumaat.....dah lama benor tak masuk dapur...berhabuk-habuk dari dapurku ini....bukan malas tapi tak berkesempatan tambah pc asyik buat hal...byk gambar dah hilang terpaksa buat baru semua......pagi jumaat nan syahdu ni terasa rajin sikit nak godek2 senduk dan kuali....untuk mamam sorang2 je....buatlah yg simple-simple ni....roti poket berinti ayam dengan cheese monzarela....arini takde syur mayur.....
untuk inti ayam ni lid guna ayam cincang ramlee burge,

1 keping roti poket-cukup utk sorang mkn
200gm isi ayam cincang
1/2 labu bawang besar
1biji cili merah-kalo suka letak cili api lagi kaw punya
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos lada hitam/BBQ sos pun sedap
1 sudu kecil kicap cair- lid tak letak garam sbb dah kurang mkn garam..dah kena darah tinggi...
parutan cheese monzarella

tumis bawang n cili merah yang sudah dicincang halus, bila naik bau boleh masukkan ayam, sos tomato dan sos lada hitam, kicap...goreng hingga masak dan jangan terlalu kering biar berjus sedikit.
bakar sebentar roti poket biar ia lembut dan potong 2, sumbatkan inti ayam tadi dan tabur dengan cheese...kalo suka boleh tambahkan sayur salad n tomato segar lagi lazat.

0 comments: