BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 24, 2011

Ketam Masak Lemak Cili Api

Dah lama anak bongsu k.lid nak makan lemak ketam ni....baru je dapat masakan untuk dia...
maaf la adik...mama ni selalu je lupa apa yang adik nak makan.....sejak papa dah takde ni....mama dah takde mood nak masak terutama yang lemak-lemak ni....rasa sedih bila masak lauk kegemaran papa......tapi demi anak mama yg mama sayang mama masak jugak la....

Masak Lemak Ketam Cili Api

Bahan-Bahannya:


4 ekor ketam bunga
2 mangkuk santan pekat
5 ulas bawang merah kecik-ditumbuk halus
2 ulas bawang putih-ditumbuk halus
2 batang serai - dititik
10biji cili padi hijau
sekeping asam keping
garam secukup rasa
perisa jika suka
1/2 inci kunyit hidup-ditumbuk halus

satukan semua bahan di dalam periuk.....masak di atas api yang sederhana....senang je kan...


Tumis Belacan Cili Besar




Ini tumis belacan resepi keluarga....arwah mak sangat suka masak lauk ni....sekarang k.lid pulak yang ajar anak2 dan arwah suami makan lauk keturunan ni....memang sedap tambah bila selera makan hilang.....simple tapi menyelerakan...dah ramai kawan-kawan k.lid yang dah cuba dan mereka memang bersetuju.....bahan2nya pun mudah dan murah.....siapa nak cuba???

Tumis Belacan Cili Besar

Bahan-Bahannya:

10biji cili besar hijau dan mereh
1inci belacan
segenggam asam jawa
1 mangkuk besar air (untuk dibancuhkan asam jawa n belacan dan tapiskan)
5 ulas bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
gula secukup rasa
garam secukup rasa
ajinomoto klu suka

tumis bawang merah n putih hingga naik bau dan warna keperangan...masukkan air asam jawa n belacan yg dah dibancuh tadi....masukkan gula,garam dan cili...biar hingga mendidih dan cili kelihatan layu...selamat mencuba...

Bubur Lambuk Terengganu...

Ni namanya bubur lambuk terengganu tapi k.lid tak suka letak santan.....muak sikit tapi bagi mereka yang dah biasa letak santan boleh campurkan sedikit santan untuk menambahkan kelemakan bubur lambuk ni.....
Bahan-bahannya sangat mudah didapati...

1 pot beras (masak macam nak buat bubur nasi biasa)
2 ekor ikan kembong direbus (ambil isinya dan dihancurkan)
5 ulas bawang mereah kecil (ditumbuk halus)
sedikit halia (ditumbuk halus)
lada hitam (sesuka hati nak pedas mana)
sotong (klu nak letak udang atau bahan2 laut yg lain pun boleh...k.lid suka letak sotong)
sedikit santan pekat (klu suka...k.lid tak letak pun)
2 ikat pucuk paku merah (biasa klu beli kat pasar...sayur2 lain dah dicampur sekali)
sayur lain tu seperti pucuk kaduk,kangkong,daun kesom,pucuk labu,pucuk ubi dll...
garam secukup rasa...

bila bubur nasi dah betul-betul masak baru masukkan isi ikan dan sotong, bahan2 tumbuk, garam dan perisa klu suka....last sekali baru masukkan sayur2nya...
sangat sedap klu dimakan waktu panas2....