BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 24, 2011

Ketam Masak Lemak Cili Api

Dah lama anak bongsu k.lid nak makan lemak ketam ni....baru je dapat masakan untuk dia...
maaf la adik...mama ni selalu je lupa apa yang adik nak makan.....sejak papa dah takde ni....mama dah takde mood nak masak terutama yang lemak-lemak ni....rasa sedih bila masak lauk kegemaran papa......tapi demi anak mama yg mama sayang mama masak jugak la....

Masak Lemak Ketam Cili Api

Bahan-Bahannya:


4 ekor ketam bunga
2 mangkuk santan pekat
5 ulas bawang merah kecik-ditumbuk halus
2 ulas bawang putih-ditumbuk halus
2 batang serai - dititik
10biji cili padi hijau
sekeping asam keping
garam secukup rasa
perisa jika suka
1/2 inci kunyit hidup-ditumbuk halus

satukan semua bahan di dalam periuk.....masak di atas api yang sederhana....senang je kan...


0 comments: