BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 24, 2011

Tumis Belacan Cili Besar




Ini tumis belacan resepi keluarga....arwah mak sangat suka masak lauk ni....sekarang k.lid pulak yang ajar anak2 dan arwah suami makan lauk keturunan ni....memang sedap tambah bila selera makan hilang.....simple tapi menyelerakan...dah ramai kawan-kawan k.lid yang dah cuba dan mereka memang bersetuju.....bahan2nya pun mudah dan murah.....siapa nak cuba???

Tumis Belacan Cili Besar

Bahan-Bahannya:

10biji cili besar hijau dan mereh
1inci belacan
segenggam asam jawa
1 mangkuk besar air (untuk dibancuhkan asam jawa n belacan dan tapiskan)
5 ulas bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
gula secukup rasa
garam secukup rasa
ajinomoto klu suka

tumis bawang merah n putih hingga naik bau dan warna keperangan...masukkan air asam jawa n belacan yg dah dibancuh tadi....masukkan gula,garam dan cili...biar hingga mendidih dan cili kelihatan layu...selamat mencuba...

0 comments: