BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, January 9, 2012

Dasi Dagang Terengganu


1 kg beras wangi
1 biji kelapa- Ambil santan pekat dalam satu mangkuk
gula secukup rasa
garam secukup rasa
5-10 ulas bawang merah kecil-dimayang nipis
1 inci halia-dimayang memanjang
sedikit halba
1ltr air- untuk digaulkan sewaktu kukus yg pertama...

cara2:
rendam beras semalaman...kukus sehingga naik wap...kemudian keluarkan dan gaulkan dengan 1ltr air tadi...gaul hingga rata dan kukus sekali lagi. Bila dah naik wap angkat dan gaulkan dengan santan yg telah di bancuh dengan gula dan garam dan taburkan bawang,halia dan halba....gaul hingga sebati. Dah siap utk di makan...

Marble Cheese brownies


Bahan2 Brownies:

250gm butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
11/2 cwn gula kastor
1/2 cwn susu cair
11/2 cwn tepung
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara2:
1. cairkan butter, masukkan serbuk koko dan kacau rata
2. handwhisk gula dan telur. masukkan ke dalam adunan butter tadi...kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau lagi
4. Masukkan tepung yg di ayak bersama baking powder n soda bikarbonate sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati...last..masukkan vanilla.
5. Gunakan loyang 10x10 dengan grease proof paper.
6. Tuangkan brownies ke dlm loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit brownies utk buat marble di atas lapisan cheese nnt.
7. Bakar selama 20min pada suhu 170'c...api atas bawah.

Bahan cheese:
250gm cream cheese
1 cwn gula kastor
1 biji telur

Cara2:
1. Pukul cream cheese hingga gebu
2. Masukkan gula n pukul hingga sebati
3. Masukkan telur n pukul lagi hingga sebati.

Selepas 20min keluarkan brownies dari oven, tuangkan adunan cheese dan ratakan.Paipkan adunan brownies yg diasingkan tadi ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa.
bakar semula adunan selama 15min atau sehingga cheese masak. sejuk baru potong.

Selamat mencuba dan menikmati marble cheese brownies yang simple dan sgt sedap...