BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, May 31, 2016

SooHoon Goreng



Salam Rabu yang terang benderang...alhamdulillah....hari ni hari akhir Lid bercuti dan bersenang lenang di rumah. Bila bersenang lenang ni mula nak fikir nak makan apa ye...pagi ni kita masak goreng2 sikit...tiap2 hari asyik makan roti tuk breakfast boring jugak. Korang pernah buat soohoon goreng?
tapi arini soonhoon goreng paling simple...bahasa pasarnya...soohoon goreng bodoh tapi sedap la jugak..
jom try resepi orang bujang...

SooHoon Goreng

Bahan-Bahannya

1 mangkuk soo hoon {rendam kejap}
4 ulas bawang putih {cincang halus}
2 sudu besar udang kering {klu guna udang basah lagi kaw...tp Lid xde udang basah}
1 sudu cili giling
1 sudu kicap manis
1 sudu sos tiram
1 biji telur {tak letak pun takpe}
garam secukup rasa {Lid xletak garam pun}
sayur ikut suka hati korang nak letak apa
Sukatan ni untuk sepingan je tau...klu korang nak buat banyak pandai2 la gandakan...korang lagi teror..

Cara-caranya

panaskan sedikit minyak...tumis bawang putih n udang kering hingga naik bau...
masukan cili giling,kicap n sos tiram...masukkan soo hoon...godeklah sampai rata...klu rasa cam kering letak air sikit...masukan telur...godek lagi...last masuk sayur...ok siap!!
Senang kan...


Ayam Masak Bali


Salam selasa....alhamdulillah hari ni dapur Lid dah start berasap walaupun jenuh jugak nak mikir nak masak apa....maklum la bila dah jadi bujang ni dah malas nak masak yang havy havoc....anak dara nak makan ayam masak merah...alahaii... dah rasa loya je tekak dengar ayam masak merah....
okaylah arini Lid nak kongsi Ayam masak Bali.....tak tau la kat Bali ada tak masakan ni sebab Lid belum pernah sampai ke Bali.InshaAllah ada rezeki tahun depan boleh g Bali cari ayam masak Bali.
Jom kongsi resepi....korang kena cuba....sumpah sedap sampai bertambah2 nasi....lupa dah diet....

Ayam Masak Bali
Bahan-Bahannya:

1/4 ekor ayam {sbb Lid mkm 3beranak je}
kunyit serbuk
garam {gaulkan dengan ayam}
3 batang serai
2 tangkai daun kari {Lid guna setangkai je sbb sayang nak potong pokok yg br nak subur}
3 sudu besar cili giling
3 sudu besar kicap manis
gula, garam secukup rasa

Bahan Kisar Halus
1 labu bawang besar { agak2 la bawang sederhana besar}
2-3 ulas bawang putih
sedikit belacan
1/2 in halia

Cara-cara membuatnya:

Goreng ayam yg dah digaul kunyit tadi....jangan garing2 tau...embal2 je
angkat dan toskan.
Guna minyak yang sama tapi tak perlulah banyak sangat...tumiskan serai yang diketuk manja tadi.
serai Lid tu tak berapa nak segar sebab dah berkurun duk dalam peti ais. Dah naik bau masukkan daun kari,
bahan kisar...dah agak garing dan harum masukkan ciling giling, kicap manis,gula ,garam dan sedikit air n ayam tadi...renehkan hingga kuah pekat dan agak kering...tapi kalau korang nak berkuah ikut suka korang la.
Dah masak boleh hidang dengan nasi panas-panas....sumpah sedap dan berselera.
Selamat mencuba.







Monday, May 30, 2016

Minuman/Juice





Asalamualaikum....salam isnin semua. Harini baru nak intai dapur Lid yang dan berkarat dan berhabuk ni.
sebelum kita main masak-masak kita bismilah dulu minum jus apple asam boi suam. musim-musim panas yang melampau ni sedap sejukkan tekak dengan jus dan ais tapi arini pilih untuk minum suam....nak cuba tinggalkan ais kalau boleh sebab dah lama ikut perasaan minum ais sampai perut pun dah naik bonyah...
time nak minum mulut cakap...bonyah pun bonyah la....tapi bila naik bergaya mulalah menyesal tak sudah.
ok la...arini memang tak masak lagi....just nak share keenakan apple juice asam boi je... nanti esok-esok boleh la Lid masukkan entri2 yg menarik sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak...inshaAllah.

Apple Juice Asam Boi {tau korang semua dah pandai buat pun)

3biji Apple Hijau
1biji asam boi besar yg warna kelabu tu
sedikit air panas utk kembangkan asam boi tu
ais ketul...kalau nak
gula tak payah...


Saturday, May 28, 2016

Back to my small kitchen

Subhanallah....dalam diam tak diam dah 4tahun lebih Lid Kitchen berdebu dan tak berasap
Bila jiwa dah kosong...hidup dah sunyi tanpa orang tersayang nak masuk dapur pun dah takde mood.
Bila tengok blog ni hati menangis sebenarnya.....satu2nya kenangan yang arwah suami tinggal ialah melakarkan blog ni untuk Lid isi ruang waktu yang ada agar tidak buang masa dengan sia-sia katanya.
Berkongsilah ilmu yg ada dengan sesiapa sahaja supaya bila mati nanti ada faedah yang kita tinggalkan.
Begitulah yang selalu arwah ingatkan cuma kekadang Lid je yang banyak malas dari rajin nak menaip2 ni.
2016 dah nak masuk pertengahan tahun....tergerak lak hati nak sapu-sapu habuk kat dapur Lid yang tak seindah mana ni.
InshaAllah klu ada kerajinan kita kongsi2 gambar makanan gan resepi sekali. Bulan puasa dah nak dekat bebenor...satu hari masuk satu resepi pun jadilah kan..
tunggu ye kekawan.