BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, May 28, 2016

Back to my small kitchen

Subhanallah....dalam diam tak diam dah 4tahun lebih Lid Kitchen berdebu dan tak berasap
Bila jiwa dah kosong...hidup dah sunyi tanpa orang tersayang nak masuk dapur pun dah takde mood.
Bila tengok blog ni hati menangis sebenarnya.....satu2nya kenangan yang arwah suami tinggal ialah melakarkan blog ni untuk Lid isi ruang waktu yang ada agar tidak buang masa dengan sia-sia katanya.
Berkongsilah ilmu yg ada dengan sesiapa sahaja supaya bila mati nanti ada faedah yang kita tinggalkan.
Begitulah yang selalu arwah ingatkan cuma kekadang Lid je yang banyak malas dari rajin nak menaip2 ni.
2016 dah nak masuk pertengahan tahun....tergerak lak hati nak sapu-sapu habuk kat dapur Lid yang tak seindah mana ni.
InshaAllah klu ada kerajinan kita kongsi2 gambar makanan gan resepi sekali. Bulan puasa dah nak dekat bebenor...satu hari masuk satu resepi pun jadilah kan..
tunggu ye kekawan.

0 comments: