BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, May 31, 2016

Ayam Masak Bali


Salam selasa....alhamdulillah hari ni dapur Lid dah start berasap walaupun jenuh jugak nak mikir nak masak apa....maklum la bila dah jadi bujang ni dah malas nak masak yang havy havoc....anak dara nak makan ayam masak merah...alahaii... dah rasa loya je tekak dengar ayam masak merah....
okaylah arini Lid nak kongsi Ayam masak Bali.....tak tau la kat Bali ada tak masakan ni sebab Lid belum pernah sampai ke Bali.InshaAllah ada rezeki tahun depan boleh g Bali cari ayam masak Bali.
Jom kongsi resepi....korang kena cuba....sumpah sedap sampai bertambah2 nasi....lupa dah diet....

Ayam Masak Bali
Bahan-Bahannya:

1/4 ekor ayam {sbb Lid mkm 3beranak je}
kunyit serbuk
garam {gaulkan dengan ayam}
3 batang serai
2 tangkai daun kari {Lid guna setangkai je sbb sayang nak potong pokok yg br nak subur}
3 sudu besar cili giling
3 sudu besar kicap manis
gula, garam secukup rasa

Bahan Kisar Halus
1 labu bawang besar { agak2 la bawang sederhana besar}
2-3 ulas bawang putih
sedikit belacan
1/2 in halia

Cara-cara membuatnya:

Goreng ayam yg dah digaul kunyit tadi....jangan garing2 tau...embal2 je
angkat dan toskan.
Guna minyak yang sama tapi tak perlulah banyak sangat...tumiskan serai yang diketuk manja tadi.
serai Lid tu tak berapa nak segar sebab dah berkurun duk dalam peti ais. Dah naik bau masukkan daun kari,
bahan kisar...dah agak garing dan harum masukkan ciling giling, kicap manis,gula ,garam dan sedikit air n ayam tadi...renehkan hingga kuah pekat dan agak kering...tapi kalau korang nak berkuah ikut suka korang la.
Dah masak boleh hidang dengan nasi panas-panas....sumpah sedap dan berselera.
Selamat mencuba.







0 comments: