BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, June 19, 2016

Kari Tulang



Dah jemu makan daging kita makan tulang pulak.....kari ni Lid makan dengan roti jala
Biasa buat roti jala dengan kari ayam. Kali tukar dengan tulang pulak lagi power.
Bulan puasa ni selera lain macam sikit tapi jangan ikut sangat nafsu....masak je apa yang ada
dalam peti ais. Tak mau membazir-membazir. Dah latih anak-anak makan tak perlu banyak lauk
cukup sekadar 2 lauk sahaja....bak kata ustaz Dasuki....Tuan guru DNA makan hanya dengan 2 menu sahaja. Kalau lebih tu ertinya kita ikut nafsu.
MasyaAllah.....ramainya di luar sana yang tak cukup makan.
Alhamdulillah kita diberi kecukupan rezeki.


Bahan-bahannya

Tulang (agak-agak dlm setengah kilo)
sedikit daging (dlm 300gm...lid main hentam je)

1 labu bawang besar (kisar halus)
1/2 inci halia (kisar halus)
4 ulas bawang putih (kisar halus)
sedkit belacan (kalau korang suka..lid mmg suka letak belacan)
3 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar cili giling ( kalau korang suka pedas)
Kentang
Air secukupnya utk empukkan daging.

1/2 labu bawang besar mayang ( utk tumis bersama rempah campur)
1/2 sudu rempah campur ( yang ada halba,jintan dan biji sawi)
1 tangkai daun kari

1 mangkuk santan ( tak perlu pekat)
air asam jawa secukupnya
gula
garam secukup rasa


Cara-caranya:

Tumiskan bawang yang dimayang bersama rempah campur n daun kari hingga naik bau.
Masukkan bahan-bahan kisar...biarkan sedikit garing dan wangi baru masukkan semua rempah2 dan cili giling...dah pecah minyak masukkan daging dan air secukupnya untuk empukkan daging. (klu korang ada periuk tekanan lagi baik)
Bila dah empuk daging dan dah agak bercerai dari tulang tu....baru masukkan air asam jawa,santan,belacan,gula garam secukup rasa. masukkan kentang....biarkan mereneh secara perlahan2 hingga kentang empuk dan pecah minyak.

Alhamdulillah dah siap kari tulang.



Roti Jala



Menjala la pulak....asyik makan nasi je kan naik berlemak satu badan. Harini Lid kerah tenaga bibik yang sedang duk bercuti sem kat rumah ni. Bila lagi nak berlajar masak kalau tak masa cuti-cuti ni.
Pandai pulak dia menjala....boleh menjala dengan baik sekali sampai habis. Terima kasih untuk anak dara bongsu Lid...Intan Syafinaz.

Roti jala ni sangat lembut sampai esok pun....korang kena cuba.

Bahan-bahannya:

3 cawan tepung gandum
1/2 cawan santan
21/2 cawan air
1 biji telur
1 sudu kecil garam
sedikit pewarna kuning telur
3 sudu besar minyak masak

Campukan semua bahan dan bland je...siap dan boleh start menjala.

Selamat mencuba!!!




Sunday, June 12, 2016

Cucur Kembbong



Dah seminggu ramadhan berlalu.....tukang masak pun dah pening nak masak apa...nak buat dessert apa
seminggu ni Lid memang tak sempat nak update blog...masa terlalu suntuk...setiap hari rassa begitu pendek
tak sempat nak buat macam2...masak pun ala kadar aje.
Kesempatan bulan yang mulia ni tak nak biarkan masa berlalu tanpa amal ibadah...takut tahun depan tak bertemu lagi dengan ramadha....so macam tahun lepas jugak masa Lid banyak kat masjid...bukan kat dapur lagi.
Hari ni buat kueh yang mudah-mudah...tapi sedap...cucur kembong namanya....klu bahasa kampungnya cucur bawang atau jemput-jemput. Meh tengok resepi

Bahan-bahannya:

300gm tepung (ikut suka korang la nak buat banyak mana)
100gm ikan bilis
1 labu bawang besar dimayang
5 biji cili api- potong halus-halus
segenggam daun kucai
garram
ajino klu suka
air panas mendidih

Cara-caranya:

Campur semua bahan dam satu mangkuk....tuang air panas dan adukkan hingga rata...jangan terlalu lembek
agak2 korang boleh jemput2 dengan jari dah la.
bila dah suam...boleh la goreng. sediakan semangkuk air sejuk biasa untuk celup2 tangan korang sambil gentel bulat2 dan goreng hingga garing keemasan.
Siap...

Tuesday, June 7, 2016

Puding Roti Berkuah Kastad



Lid mulakan entri hari ni dengan rasa syukur alhamdulillah....masih berezeki untuk menyediakan hidangan ringkas dan enak. Sebenarnya dessert arini cuma nak habiskan roti Perancis yang banyak stok dalam peti ais. Untuk tidak membazir Lid gunakan untuk buat puding sebagai manisan berbuka puasa arini.
Alhamdulillah rezeki sahabat2 kat masjid...
Jom layan resepi ringkas dan lazat ni...

Bahan-bahannya:

1 batang roti Perancis (korang boleh je guna roti gardinia dalam 10 keping)
4 biji telur
1 tin susu cair
3 sudu makan gula
2 kotak kismis ( kismis hitam n kuning)
2 biji pisang montel (klu tak letak pun takpe...tp letak lagi sedap)
2 sudu makan butter
1 sudu kecil esen vanila

Cara-caranya:

Potong2 roti dan susun dalam loyang atau mangkuk kaca...sapu dulu mangkuk atau loyang dengan butter
tabur kismis berselang2 dengan roti dan pisang.Letakan lebihan butter atas puding.
Telur,susu,gula dan esen vanila....bland bersama kemudian tuangkan kedalam roti tadi. tekan2 roti biar serap...Lid biarkan sebentar sebab roti perancis ambil masa sikit nak serah susu tu.
Bakar dalam suhu 160'....hingga masak. Oven Lid ambil masa 45minit untuk masak. terpulang pada oven masing2 la...


Sos Custard

400ml susu cair @ susu segar
4 sudu mkn gula pasir
2 sudu tepung kastad
1 sudu esen vanila

Cara-caranya:

campurkan semua dan masak atas api yg perlahan. kacau hingga sos pekat.

Siappp!!!



Sedia untuk dibakar


Kita guna roti Perancis...

Monday, June 6, 2016

Masak Lemak Cili Api Rebung Berssama Udang



Tahun ni puasa Lid hanya terhidang satu lauk sahaja.....cukuplah makan secara berhemah
lagipun Lid tak berbuka kat rumah pun. Seperti tahun lalu Lid lebih memilih utk berbukan di Masjid.
Di Masjid Wilayah rezeki para jemaah melimpah ruah. Alahmdulillah lebih seronok beratur dan berbuka dengan sahabat2 masjid Lid.
Masak ni hanya untuk anak2 dan untuk bersahur je.
Alhamdulillah....rezeki sentiasa ada.
Sebenarnya teringin nak masak lemak cili api rebung daging salai tapi anak2 request nak udang pulak.
Jom layan resepi.

Bahan-bahannya:

20 ekor udang
1 labu bawang besar (lid ni pemalas nak guna awang kecik)
4 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
15 biji cili padi (lagi byk lagi best...klu tahan pedas la)
sehelai daun kunyit
sekeping asam keping
semangkuk santan pekat
garam,gula secukup rasa.

Macam biasa bland semua bahan bawang dan kunyit dan cili api
Masukkan dalam santan...api kecik aje...kacau sentiasa...masukkan asam keping, udang,gula,garam
bila dah mendidih... masukkan daun kunyit. tutup api.

Siap!!


Kueh Lompang



Salam satu Ramadhan untuk semua saudara mara dan sahabat handai..
Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik untuk menjalankan ibadah indah dibulan yang mulia ni.
Macam tahun-tahun sebelum ini Lid tak pernah menjejakkan kaki ke bazar ramadhan walaupun orang cakap bazar ramadhan sana sini meriah.
Hari pertama ni Lid buat sedikit pemanis mulut....kueh lama-lama....dah bertahun tak buat kueh Lompang ni.
Hari ni termanis sikit.....tapi takpe resepi kat bawah Lid kurangkan gula.


Bahan-bahannya:

1cawan tepung beras
1 sudu besar tepung ubi
1/2 cawan  gula
2 cawan air
1 sudu kecil air kapur
Perwarna
sehelai daun pandan

Kelapa parut

Masak gula dengan secawan air dan daun pandan- sejukkan

Tepung beras dan tepung ubi disatukan....masukan air kapur, secawan air dan air gula  tadi
bancuh hingga sebati dan tapis.
Bahagikan beberapa bahagian dan masukkan perwarna yg korang suka.

Kukus selama 10-15mint
Siap....Boleh makan dengan kelapa....jangan lupa letak sedikit garam dlm kelapa tu ye.



Saturday, June 4, 2016

Crepe manggo n ice cream



Ini entri terakhir untuk dessert  Lid sebelum kita semua berpuasa isnin nanti.....malam-malam buta boleh teringin nak makan ice cream......takpelah kita layan je tekak yang sedang berselera ni
Esok Lid nak tutup dapur....nak g jalan-jalan sebelum memulakan tugas hakiki bermula isnin nanti.
Jom cuba buat crepe yang lembut ni...

Bahan-bahannya:

1 cawan tepung gandum
1biji telur ayam
1/2 cawan santan- (lid guna santan kotak)
sedikit garam
air secukupnya (pandai2 la korang agak kepekatannya)

Cara-caranya:

Panaskan pan non stick korang....start la acara melengang.
korang semua mesti dah teror buat lempeng kan...

Boleh la taburkan buah2 yg korang suka....Lid suka manggo lagi pun sekarang ni tengah musim manggo
n skop la ice cream kegemaran korang....Lid guna vanila ice cream.

Ok siap....baiii....

Sambal Lemak Udang Petai




Hari ni Lid mulakan entri dengan ucapan bismilahirahmanirahim.....dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.....bersyukur dengan setiap nikmat limpah kurnia rezeki yang melimpah ruah.... yang tidak pernah kehausan apa lagi kelaparan dan kekurangan...disaat ada insan lain ada yang masih serba kekurangan. Lid hanya mampu berkongsi ilmu dengan sahabat-sahabat semua semoga ilmu ini dapat memberi manafaat pada kita semua.

Bahan-bahannya:

15 ekor udang (saiz besar)
1 labu bawang besar(mesin halus)
4ulas bawang putih(mesin halus)
1/2 inci halia(mesin halus)
sehelai daun kunyit
5sudu besar santan pekat (lid guna santan kotak je)
sedikit belacan
3sudu besar cili giling
gula,garam-(secukup rasa)
Petai (banyak mana yg korang suka)

Cara-caranya:

Tumis bawang dan halia mesin hingga sedikit garing....masukkan cili giling,belacan...goreng hingga naik bau
dan agak pecah minyak...masukkan gula,garam dan santan...kacau lagi dan masukkan udang dan petai dan sedikit air klu nampak agak kering...
Tip:: goreng dahulu petai dalam minyak sebentar...petai akan nmpk lebih cantik dan segar
       Jangan goreng udang terlalu lama nanti keras dan tak juicy..

  Selamat mencuba.

Friday, June 3, 2016

Nekbat



Nikmat apakah yang harus aku dustakan bila Allah bagi ilham dalam tidur untuk aku hasilkan
dessert kebanggaan rakyat Terengganu ni. Tanpa belajar dari sesiapa maupun cik gugel...terhasil dengan jayanya hanya dengan mimpi. Percubaan yang sangat menggembirakan hati utk hidangan bulan puasa beberapa hari lagi.

Anak-anak pun mcm tak percaya....terlelap sebentar selepas solat zohor...terus saja ke dapur utk cuba buat NEKBAT.... resepi main agak2 dan ingat gitu-gitu je sebab resepi hadir dalam mimpi.
Tapi sebenarnya sangat senang dan ringkas sangat buat dessert ni.

Sape-sape yang diperantaun boleh la cuba...untuk lepas kempunan kita yang asyik duk tengok geng2 ganu pos dalam fb...sakit hati sebab kat KL takde benda alah ni.

Bahan-bahannya:

4biji telor ayam (Lid buat sikit je)
1 cawan tepung gandum (disangai dalam kuali tanpa minyak sebentar)
sedikit pewarna kuning telur

Cara-caranya:

Pukul telur hingga kembang macam nak buat bahulu...
Panaskan oven 150'...panaskan acuan sebentar n sapu minyak...
ambil adunan telur dalam satu mangkuk dan masukkan tepung gandum dalam 2@3 sudu....tengok atas mangkuk korang besar mana...kacau2 sekata...masukkan dlm acuan yang dah panas...bakar 15minit.
Siap.

Nak sira air gula:

11/2 cawan gula pasir (klu korang ada kencing manis...kurangkan gula)
2cawan air
1 helai daun pandan

Masak hingga mendidih kemudian masukkan Nekbat....agak2 la berapa biji korang nak makan.
Dah nampak Nekbat nak menggembang tutup api.
Siap. Sejukkan dalam petiais...makan waktu berbuka puasa.

Selamat mencuba.



Thursday, June 2, 2016

Laksa Utara



Salam jumaat uols.....hari ni Lid dah tak nak masak nasi tukar selera pulak...Lid buat laksa utara.
Laksa ni pebret arwah suami Lid dulu. Menu wajib dibulan puasa....arwah boleh makan hari2 pun takpe klu dengan laksa ni sampai kita dah tak lalu nak tengok...
Resepi Lid simple aje...tak letak serai bagai.....

Bahan-Bahannya:

6ekor sardin @ kembung (terpulanglah kat korang nak letak ikan apa pun...Lid mampu beli sardin je)
2 batang bunga kantan
segenggam daun kesom
2 labu bawang besar
seketul belacan (korang bakar dulu ye)
segenggam asam jawa
10-15 biji cili padi
semangkuk air rebusan ikan ( rebus ikan biar lebihkan air ye)
4 sudu besar cili giling (takde dlm gambar)
4 keping asam keping
garam
pak aji klu suka

Cara-cara membuatnya:

Rebus ikan n ambil isinya dan bland sampai hancur luluh ye....(tulang temulang pun Lin bland dan tapis ambil air) masukkan semua bahan-bahan yg lain cam biasa...korang lagi teror kan. pandai2 la korang campak semua bahan2 tu.

Ulam-ulamannya:

Timun
Salad
Bawang
Cili
Telur rebus (klu nak lagi sedap guna telur puyoh)
Daun Pudina (klu ada)
Otak udang (klu suka)

Klu korang dah kuah laksa ni lebih sedap...buat malam untuk makan esoknya sebab penyakit kuah laksa ni makin lama masak makin sedap.
okayy....baii....jom makan.


Taraaa!!



Sawi Pagoda @ Wuta Goreng Dengan Telur Puyoh




Tak lengkap menu tanpa sayur......asyik goreng sayur letak udang boring jugak sesekali kita tukar dengan telur puyoh....errmmm sedap..

Bahan-Bahannya:

Sawi Pagoda (sawi kerinting)- banyak mana ikut berapa ramai nak mkn
10 biji telur puyoh- nak lebih pun boleh klu rajin nak kupas kulitnya
3 ulas bawang putih cincang
1 biji cili merah
1 sudu cukup rasa maggi

Cara-caranya:

Goreng telur puyoh rebus hingga kekuningan dan masukkan bawang putih cincang...goreng hingga naik bau
masukkan cili merah mayang dan sayur sawi n serbuk cukup rasa maggi. goreng sebentar...layu je sawi tu terus angkat. siap...
Tak sampai 5 minit pun...


Daging Black Pepper Dengan Leek



Lagi 3 hari dah nak masuk bulan Ramadhan Al-Mubarak....mesti  ibu-ibu dah poning nak mikir menu untuk berbuka dan bersahur.
Tahun ni Lid pun kena masak sebab kat rumah cukup korum....tahun lepas semua takde kat rumah maka sebulan Lid berkampung kat masjid. Sebenarnya seronok berbuka di masjid sebab lebih berhemah...
cukup sekadar kurma dan sedikit kueh....pastu terus tarawih dan bertadarus...pastu ada moreh...makan ramai-ramai. Tak sabar nak puasa....indahnya Ramadhan.
eehhh....banyak lak cerita...
Jom Lid nak bagi idea lauk untuk bersahur......ringkas dan sedap. Waktu bersahur tak enak lauk yg berkuah
betul tak...meh kita tengok resepi..

Daging Black Pepper Dgn Leek

300gm daging lembu
1 labu bawang besar {belah 8}
4ulas bawang putih {cincang halus je}
1 sudu besar black pepper
1 sudu besar serbuk sos perang {chicken gravy souse}
1 sudu besar sos tiram pedas adabi
1 batang Leek- potong memanjang dan 2inci atau suka hati korang la

Cara-cara membuatnya:

Potong nipis daging dan rebus dulu hingga lembut.
Tumis bawang putih hingga naik bau...masukkan bawang besar belah tadi goreng hingga bawang agak layu
masukkan black pepper...letak sikit air...kacau2 dan masukkan sos tiram, daging kacau rata. sos perang tadi bancuh dengan sedikit air dan masukkan dlm daging td...bila dah nampak kuah dah pekat masukkan Leek n tutup api.
Tadaaa....siap utk sahur.
*tak perlu letak garam dan perisa.

Wednesday, June 1, 2016

Coconut Shake



Haaa....penat betul bawak si Meow g klinik dan pusing-pusing bandar...
Jom minum petang dengan coconut shake homemade....mekasih banyak-banyak pada cousin Sukri Baba yang berusaha panjat poko kelapa ambik kelapa muda untuk kak Lid bawak balik KL minggu lepas.
Hari ni baru berkesempatan nak buat.
jom tengok resepi

Bahan-bahannya:

1 gelas air kelapa muda
1/2 biji isi kelapa
1 gelas ais kiub
2 sudu besar susu pekat manis
2 skop aiskrim vanila
Bland semuanya....tuang dalam gelas n skopkan aiskrim... siap untuk diminum...

Cepat g beli kelapa muda simpan kat rumah...boleh buat masa berbuka dibulan Ramadan.

Ketam Masak Telur Masin

Selamat petang semua....ni  nak masuk menu tengahari tadi.Tak sempat nak update tengahari sebab sebok nak bawak si meow pi klinik....
Hari ni Lid masak menu Ketam yang duk heboh kar fb...ketam masak telur masin....sedap sangat ke?
sebenarnya tak suka sgt nak buat lauk dengan ketam ni,,,bukan apa asyik duk kokak ketam nasi pun  tak habis-habis.Tapi anak duk terliur tengok gambar...maknya pun try la masak.


Kita tengok bahan-bahannya:



2 ekor ketam bunga
4 ulas bawang putih-cincang halus
10 biji cili padi- ricik halus {ikut suka hati nak bubuh byk mana}
1 tangkai daun kari
1/2 cwan susu cair
4 biji telur masin { ambil kuning...putih tu ambik 2biji je takut masin pulak klu byk2}
2 sudu besar butter
3 sudu besar tepung  jagung
1 sudu besar lada sulah
gula,garam secukup rasa

Cara-cara Membuatnya:

Gaul ketam dengan tepung jagung,lada sulah dan sedikit garam kemudian goreng garing...angkat n toskan.
Dalam kuali lain cairkan butter....tumiskan bawang putih dan cili padi hingga wangi, masukkan daun kari, telur masin...goreng hingga sedikit berbuih kemudian masukkan susu...kacau rata, masukkan gula,garam sesedap rasa korang dan masukkan ketam yg dah siap digoreng tadi. Kaup balik kejap...boleh padam api.
Dah siap...
Tadaaaa.....



Dah siap kejadian Ketam Masak Telur Masin. Alhamdulillah sedap rasannya walaupun baru fisrt time buat.
Lid ni bukan pandai sangat bab masak-masak ni.... bukan nak tunjuk teror pun tapi saja suka mencuba resepi2 yang belum pernah masak. Orang lain dah jemu makan kita baru nak buat..
Ada Lid kesahh...ikut tekak kita jelah...
Makan hingga jilat jari...
ok baii...